Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Tesla Cybertruck Buat 'Drag Race' Lawan Porche, Sambil Towing Porsche
Kredit: TikTok

Cybertruck Menang, Buat “Drag Race“ Lawan Porsche 911 Sambil “Towing” Porsche 911

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Cybertruck Menang, Buat “Drag Race“ Lawan Porche 911 Sambil “Towing” Porche 911

Semalam, jentera pikap dengan bentuk berkotak, Cybertruck daripada Tesla secara rasmi dilancarkan kepada umum.

Seiring dengan pelancaran berkenaan, syarikat pembuat Cybertruck turut berkongsi satu ujian drag race model tersebut menentang Porsche 911.

Acara ‘drag race‘ antara kedua-dua kenderaan tersebut telah dirakam dan dimuat naik menerusi akaun Twitter Tesla.

Lebih menarik, Cybertruck berlumba dalam pertandingan tersebut dalam keadaan sedang menunda lagi satu unit Porsche yang sama pada bahagian belakangnya.

Berdasarkan ‘setup’ ini, ramai yang menyangka kelebihan memihak kepada Porsche kerana memiliki jisim yang lebih rendah berbanding lawannya.

Manakala, Cybertruck perlu menampung beban selain daripada jisimnya sendiri ketika ‘drag race’ itu berlangsung.

Untuk makluman, drag race adalah sejenis perlumbaan dalam sukan permotoran yang biasanya melibatkan dua buah kenderaan yang bertanding.

Perlumbaan tersebut akan berlangsung di atas satu trek pendek tetapi lurus. Kebiasaannya, trek perlumbaan untuk drag race hanya sepanjang kira-kira 402 meter. Sungguhpun begitu, jarak trek yang lebih pendek menjadi semakin popular dalam dunia perlumbaan tersebut.

Manakala, kenderaan pertama yang melintasi garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.

Berbalik kepada cerita Cybertruck vs Porsche tadi, kedua-dua kenderaan berkenaan berlumba dan bermula daripada garisan permulaan yang sama.

Sebaik sahaja lampu isyarat trek bertukar menjadi warna hijau, kedua-dua kenderaan tersebut mula bergerak daripada posisi masing-masing.

Pada awalnya, kedua-dua kendetaan tersebut kelihatan bergerak pada kelajuan yang sama namun terdapat kejutan pada pertengahan perlumbaan.

Cybertruck berjaya memintas kedudukan Porsche 911 ditengah-tengah perlumbaan dan menjadi kenderaan pertama yang sampai ke garisan penamat.

Berdasarkan video tersebut, Tesla Cybertruck mampu menamatkan jarak 402 meter dalam masa kurang dari 11 saat sahaja.

Apa itu Cybertruck?

Secara umumnya, Cybertruck merupakan salah satu inovasi baharu dari syarikat pengeluar kenderaan elektrik terkemuka di dunia iaitu, Tesla.

Dengan menampilkan rekaan ala-ala futuristik, kenderaan ini direka khusus untuk bergerak di pelbagai permukaan bumi yang ekstrem.

Selain bergerak di pelbagai bentuk muka bumi, kenderaan ini juga memiliki kemampuan untuk menunda sehingga 4,990 kilogram.

Difahamkan, kenderaan ini mula dijual dengan tanda harga $60,990 (RM285,006.27) berdasarkan laporan The Guardian, semalam.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: carwow via TikTok