Siakap Keli
gempa bumi sederhana rantau
Kredit: MetMalaysia/Facebook

Gempa Bumi Sederhana Magnitud 5.0 Landa Rantau Kepulauan Filipina

Gempa Bumi Sederhana Magnitud 5.0 Landa Rantau Kepulauan Filipina

Gempa bumi sederhana kekuatan gegaran 5.0 magnitud dilapor melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 11.28 pagi ini.

Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman  70 kilometer (70km) tersebut berlaku pada jarak 83 km dari Bislig, Filipina.

Difahamkan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sebelum ini, MetMalaysia di hantaran Facebook turut mengemas kini keadaan gempa bumi yang berlaku pada 10.02 pagi Ahad.

Sejak semalam, Filipina dilanda gempa bumi bermula dengan gempa bumi kuat pada jam 10.37 malam Sabtu dengan kekuatan gegaran  7.5 magnitud.

Kemudian, pada 11.37 malam semalam gempa bumi sederhana kekuatan gegaran 5.5 magnitud berlaku lagi di tempat yang sama menimbulkan keresahan dalam kalangan warga maya.

Susulan itu, gempa bumi sederhana kerap berlaku dengan jarak masa 30 minit hingga satu jam di kawasan Filipina dan MetMalaysia masih mengemas kini keadaan gempa di negara itu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita Amerika Syarikat (AS) bertindak untuk memfailkan saman terhadap sebuah restoran selepas mendakwa salad yang dibelinya mempunyai sebahagian jari terputus yang dipercayai milik pengurus restoran.

Memetik The Independent, kejadian tersebut berlaku selepas wanita itu membeli hidangan di salah sebuah restoran terkenal di New York pada 7 April lalu.

Sumber: MetMalaysia/Facebook

BACA: Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.1 Tercetus Di Halmahera, Indonesia Pagi Ini

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana