Siakap Keli
cincin ketat jari bengkak
Gambar: JBPM Teluk Intan

Jari Bengkak Gara-gara Cincin Ketat Tersangkut

Jari Bengkak Gara-gara Cincin Ketat Tersangkut

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila jari-jemarinya lebam membengkak gara-gara cincin ketat tersangkut sehingga terpaksa memerlukan bantuan pihak bomba, dalam kejadian di Hospital Teluk Intan pada Sabtu.

Menurut kenyataan Balai Bomba Teluk Intan, difahamkan mangsa pergi ke wad kecemasan hospital itu semalam untuk membuang cincin yang dipercayai menyebabkan aliran darah jarinya tersekat.

Bagaimanapun, pihak hospital menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) untuk bantuan.

“Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan menerima panggilan kecemasan khidmat khas memotong cincin yang tersangkut di jari akibat lebam kerana cincin yang ketat.

“Mangsa terlebih dahulu datang ke Hospital Teluk Intan dan pihak hospital menghubungi balai untuk anggota pergi melakukan kerja kerja penyelamatan,” maklum jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Justeru difahamkan kerja-kerja pemotongan berjaya dilakukan oleh anggota bomba terlibat.

“Mangsa kemudiannya segera dirawat sebelum jarinya menjadi lebih parah akibat kuman merebak.

“Dinasihatkan supaya semua masyarakat mengambil iktibar menjaga keselamatan diri supaya tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan anda sendiri,” ujarnya.

BACA: Remaja Cuba Rompak Pemandu E-Hailing Mengaku Tidak Bersalah

Lelaki maut digilis tren LRT selepas dipercayai terjatuh ke atas landasan 

Semalam, media melaporkan seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam semalam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.

“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini berkata susulan kejadian itu jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.

Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” menurut kenyataan itu.

https://www.facebook.com/bbdp.telukintan.14/posts/pfbid0yh9LbvjWbjZ6uLminLh3hgWe5XH58D2mUaBBFVoBgk4CBp1NRW3koMYBY1pWJM8cl

Sumber: Balai Bomba Teluk Intan/Facebook

BACA: Ditimpa Hujan Lebat, Tular Beberapa Kawasan Sekitar Mekah Bertukar ‘Hijau’

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.