Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Sederhana Gegarkan Mindoro, Filipina Sebentar Tadi

Gempa bumi Mindoro
Kredit Facebook/MetMalaysia

Gempa Bumi Sederhana Gegarkan Mindoro, Filipina Sebentar Tadi

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 magnitud dilapor berlaku dan menggegar wilayah Mindoro, Filipina kira-kira 4.23 petang tadi.

Berita kejadian tersebut dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Menurut kenyataan berkenaan, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 92 kilometer, jarak 56 kilometer dari Tagaytay City.

MetMalaysia juga memaklumkan bahawa kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sebelum ini, MetMalaysia menerusi satu hantaran Facebook memaklumkan status gempa bumi yang berlaku di Filipina pada 10.02 pagi Ahad.

Sejak Sabtu lalu, Filipina dilanda gempa bumi bermula dengan gempa bumi kuat 7.5 magnitud pada jam 10.37 malam.

Kemudian pada 11.37 malam, gempa bumi sederhana kekuatan gegaran 5.5 magnitud berlaku lagi di tempat yang sama.

Beberapa kejadian gempa bumi sederhana juga dilaporkan berlaku untuk tempoh 30 minit sehingga satu jam kemudian.

Video-video yang memaparkan kesan kejadian gempa bumi di negara tersebut turut menjadi tular di media sosial.

BACA: Gempa Bumi Sederhana Magnitud 5.0 Landa Rantau Kepulauan Filipina

Sumber: Facebook/MetMalaysia