Siakap Keli
teknik bola melengkung
Kredit: Adrian Charles/Facebook

‘Ibarat Main Yoyo’, Coach Ni Ajar Teknik Hasilkan Bola Boling Melengkung Ketika Hayun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Ibarat Main Yoyo’, Coach Ni Ajar Teknik Hasilkan Bola Boling Melengkung Ketika Hayun

Siapa di antara kita yang suka main boling tetapi tidak tahu cara yang betul dan hanya main dengan sekadar suka-suka?

Ramai je yang secara suka-suka gemar untuk bermain boling walaupun tidaklah berkemahiran dalam sukan tersebut, hanya sekadar memenuhi masa lapang.

Mana tahu yang ‘suka-suka’ itu bertukar menjadi kegemaran susulan gembira dan seronok apabila mempelajari cara yang betul untuk bermainnya.

Bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan tersebut, mesti tercari-cari tip berguna yang boleh digunakan supaya dapat mengasah bakat dan kemahiran yang ada.

BACA: Abang Ni Kongsi Cara Ke Langkawi Naik ETS, Lagi Senang

Teknik main boling: gunakan hook untuk jatuhkan keseluruhan pin

Menerusi perkongsian jurulatih boling Adrian Charles, dia menunjukkan cara bagaimana untuk memastikan individu dapat skor strike ketika bermain boling dengan menggunakan teknik hook, yang menggerakkan bola secara melengkung.

Jelasnya, perkara tersebut bukan sahaja dapat dilakukan dengan menggunakan bola sendiri tetapi juga boleh skor sekiranya menggunakan house ball (bola di pusat-pusat boling).

Dengan menggunakan teknik seperti hook, anda pasti dapat menjatuhkan keseluruhan pin boling.

Adrian turut menggunakan istilah bermain yoyo adalah sama seperti sukan boling.

“Saya nak buktikan, semua bola boleh termasuk house ball boleh hook ataupun melencong kalau release kita ini betul.

“Nak hook bola boling ini ibarat nak main yoyo je,” katanya.

Perkara yang perlu dilakukan ketika menghayun bola boling adalah dengan melepaskan ibu jari terlebih dahulu dan kemudian jari lain.

Untuk menggunakan teknik hook itu, bowler mestilah memilih bola yang mempunyai berat yang sesuai untuk dihayun.

Kredit: Adrian Charles/Facebook

Ia bergantung kepada keselesaan masing-masing dan kebiasaannya mereka yang menggunakan hook akan menghasilkan fingertip release dan bola di drill agak lebar.

“Keluarkan ibu jari terlebih dahulu, diikuti dengan jari tengah dan jari manis. Nampakkan macam bermain yoyo je.

“Kita cup dan break wrist untuk release

“Saya tunjuk pakai house ball berat 10 pounds. Yang ni dengan house ball berat 12 pounds pula. Nampakkan bola boleh hook disebabkan release yang betul bukan kerana memakai bola sendiri,” jelasnya.

Sumber: Adrian Charles/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana