Siakap Keli
cara ke langkawi naik ets
Kredit: CEO Travel/Facebook

Abang Ni Kongsi Cara Ke Langkawi Naik ETS, Lagi Senang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Abang Ni Kongsi Cara Ke Langkawi Naik ETS, Lagi Senang

Apabila sebut mengenai percutian dalam negara, semestinya akan terfikir tentang Langkawi kerana ia adalah salah satu destinasi pelancongan menarik untuk dikunjungi.

Bagi mereka yang menyukai pulau mesti akan meletakkan Langkawi dalam senarai untuk melawat susulan kawasan tersebut kaya dengan keindahan semula jadi selain sejarahnya yang legenda.

Kebiasaannya mereka yang berkunjung ke Langkawi akan pergi ke tempat tersebut dengan menaiki kapal terbang, bas atau memandu kenderaan sendiri.

Malah kebanyakan yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam adalah kerana mahu berehat sepanjang perjalanan memandangkan ia memerlukan lebih daripada empat jam untuk pergi ke Langkawi (anggaran kasar jika dari Lembah Klang).

Terdapat sesetengah orang awam juga suka untuk memandu sendiri kerana mempunyai lebih masa untuk menerokai kawasan kepualuan itu.

Bagaimanapun, ia bergantung dengan pilihan sendiri kerana masing-masing mempunyai jadual perjalanan sendiri.

Tetapi bagi mereka yang ingin cuba kelainan dengan menaiki kereta api namun tidak tahu caranya, boleh ikut tip yang dikongsi oleh CEO Travel di Facebook.

BACA: Permohonan eMADANI Anda Gagal Kalau Langgar Benda Ni

Naik ETS pun boleh untuk pergi Langkawi

Bagi yang tidak mengetahui, kita juga boleh pergi ke Langkawi dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau lebih dikenali dengan Electric Train Service (ETS).

Menurut lelaki tersebut, dia memulakan perjalanannya dari stesen ETS di Kuala Lumpur Sentral susulan ia dekat dengan rumahnya.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat pembelian tiket dan disarankan untuk membelinya beberapa hari lebih awal supaya perjalanan lebih teratur.

Kemudian, daftar masuk di ruangan menunggu dan cari petugas yang jaga di kawasan ETS.

Petugas tersebut akan menunjukkan jalan kepada pengembara supaya tidak sesat sampai ke platform yang sepatutnya.

“Trip kali ini akan bermula dari KL Sentral, daftar masuk di ruang menunggu dan kalau nampak salah seorang petugas di situ, ikut sahaja kerana dia akan bawa ke platform destinasi yang ingin dituju.

“Harga tiket untuk pergi ke Langkawi dengan menaiki KTM hanya RM98.50 dan akan diturunkan di Arau,” katanya.

Menurutnya, perjalanan mengambil masa lima jam tetapi kalau rasa lapar dan dahaga tidak perlu risau kerana dalam ETS itu juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman.

ETS menyediakan tempat duduk yang selesa buat penumpang selain beberapa keperluan yang boleh digunakan sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih dari tiga jam.

“Selepas sampai di Arau, naik van putih untuk pergi ke Terminal Feri Kuala Perlis dan seterusnya naik feri. Perlu bayar RM21 ke Langkawi.

“Feri ke Langkawi ambil masa lebih kurang dalam satu jam,” jelasnya.

Jumlah yang dikeluarkan untuk perjalanan pergi tidak adalah tidak kurang daripada RM130.

Sekiranya anda pergi ke Langkawi, adakah anda akan cuba menaiki ETS untuk cuba cara abang ini? Kalau nak, jom tonton videonya di bawah untuk penerangan lebih jelas.

Sumber: CEO Travel/Facebook

Nurhanis

noktah