Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-kanak Lelaki Melecur Hampir Seluruh Badan Dipanah Petir

Nurhanis
kanak-kanak lelaki melecur petir
Kredit: BERNAMA

Kanak-kanak Lelaki Melecur Hampir Seluruh Badan Dipanah Petir

KANGAR, 5 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke ke rumah mereka dari rumah jiran.

Beliau berkata Nor Lelawati tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma.

“Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kanak-kanak enam tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata mangsa yang merupakan warga tempatan itu telah dihantar ke Hospital Tunku Azizah di sini dalam keadaaan tidak sedarkan diri kira-kira 3.40 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zam Halim berkata siasatan awal mendapati kira-kira 11.30 pagi pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik ketika bapa mangsa keluar untuk membeli makanan.

Sumber: BERNAMA