Siakap Keli
kredit emadani tak laku
Kredit: BERNAMA

Kredit RM100 eMADANI Anda ‘Tak Laku’ Kalau Guna Untuk Benda Ni

Kredit RM100 eMADANI Anda ‘Tak Laku’ Kalau Guna Untuk Benda Ni

Rata-rata ramai yang telah menebus kredit RM100 eMADANI daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih sejak ia mula dilaksanakan semalam.

Susulan itu, mereka yang menebus telah berkongsi bermacam manfaat yang ditawarkan oleh kredit eMADANI selain perkhidmatan e-dompet yang dipilih untuk ditebus.

Bagi mereka yang telah menebus, pastinya sudah tahu tawaran kredit tersebut tidak boleh dibuat pemindahan rakan ke rakan dan juga penebusan secara tunai.

Pemberian tawaran kredit eMADANI secara one-off itu sememangnya dijalankan dengan salah satu sebabnya mahu membantu peruncit, di mana rakyat boleh menggunakannya secara fizikal: imbas QR dan beli.

Umum mengetahui, untuk mendapatkan tawaran kredit tersebut mereka haruslah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan sekiranya tidak memenuhi kriteria maka anda tidak layak untuk menebusnya.

BACA: Permohonan eMADANI Anda Gagal Kalau Langgar Benda Ni

9 perkara yang buatkan kredit tawaran anda ‘tidak laku’

Namun perlu tahu, kredit eMADANI anda boleh jadi ‘tidak laku’ sekiranya anda lakukan sembilan perkara yang tertera di bawah.

Jika diikutkan anda memang boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

1. Pemindahan rakan ke rakan

2. Penebusan tunai

3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet

4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet

5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet

6. Pembelian permainan (games) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet

7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol

8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet dan

9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Hal ini bermakna, penggunaan kredit eMADANI anda akan menjadi ‘sia-sia’ dan tidak boleh digunakan pada urusan atau medium selain daripada yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Cara memohon bagi mereka yang belum tebus

Untuk mereka yang belum menebus tawaran kredit eMADANI, sila ikut langkah yang disediakan.

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat:

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC)

Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”

Langkah 5: Anda akan menerima notifikasi daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sekiranya tuntutan berjaya

(Nota: Proses pengkreditan RM100 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC)

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Sumber: Kementerian Kewangan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana