Siakap Keli
Sektor Agrikomoditi Diiktiraf

Sumbangan Pemain Industri & Pekebun Kecil Dalam Sektor Agrikomoditi Diiktiraf

Sumbangan Pemain Industri & Pekebun Kecil Dalam Sektor Agrikomoditi Diiktiraf

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB  Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah melancarkan Hari Agrikomoditi  Negara (HAKN) di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari  ini. 

Bertemakan “Memacu Kemampanan Agrikomoditi Negara”, objektif  utama HAKN yang julung kalinya diadakan ini adalah untuk mengiktiraf  serta menghargai jasa rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti  membangunkan Sektor Agrikomoditi di semua peringkat dan keseluruhan  rantaian nilai selain mewujudkan platform perkongsian maklumat serta 

pencambahan idea baharu di kalangan semua pihak berkepentingan dalam  Sektor Agrikomoditi negara. 

Sambutan HAKN merupakan suatu inisiatif oleh Kementerian Perladangan  dan Komoditi (KPK) selaras dengan Ekonomi MADANI dalam meneruskan  aspirasi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui aktiviti  pembangunan produk berkaitan Sektor Agrikomoditi agar kekal progresif,  mampan, berdaya saing dan inklusif. 

Sektor Agrikomoditi Diiktiraf

Pelancaran dan sambutan HAKN pada hari ini menyaksikan penyampaian  Anugerah Agrikomoditi Negara kepada enam (6) Sektor Agrikomoditi yang  merangkumi sektor sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf.  

Selain daripada Anugerah Agrikomoditi Negara, majlis ini turut menyaksikan penganugerahan Tokoh Industri Perkayuan dan Perhutanan  kepada YBhg. Dato’ Dr. Freezailah bin Che Yeom, seorang tokoh yang  mempunyai pengalaman luas sejak 60 tahun lalu dalam industri perkayuan  Negara dan aktif memperjuangkan agenda perhutanan yang mampan serta  pensijilan. Anugerah ini merupakan tanda pengiktirafan dan terima kasih  Kerajaan kepada individu dan semua pihak yang telah memberikan  sumbangan dalam Sektor Agrikomoditi Negara. 

Bersempena HAKN 2023, KPK akan turut menganjurkan Agrikomoditi  Walk pada 9 Disember 2023 yang akan mengumpulkan lebih 2,000 orang  peserta. Antara pengisian program santai ini adalah briskwalk sejauh lima  (5) kilometer sepanjang Laluan Persiaran Perdana, Putrajaya, pameran  daripada Agensi dan Majlis di bawah KPK.

Golongan sasar yang terdiri daripada komuniti dan masyarakat setempat  juga akan memperoleh manfaat daripada penganjuran HAKN. Komuniti  dan masyarakat setempat akan dapat pendedahan melalui pelbagai  program, inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Kementerian termasuk  Agensi-agensi di bawahnya. Mereka boleh mendapatkan maklum balas  secara terus daripada pegawai KPK dan Agensi berkaitan. 

Sektor Agrikomoditi Diiktiraf

Kementerian berharap agar HAKN yang disambut mulai tahun ini dapat  mengetengahkan Sektor Agrikomoditi dan kesedaran masyarakat akan  kepentingannya kepada penjanaan ekonomi negara dan kesejahteraan  kehidupan rakyat

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.