Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jumpa Lagi Ya Abang” Ibu Luah Rasa Rindu, Nak Peluk & Cium Adik Zayn Rayyan

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Jumpa lagi abang ibu zayn rayyan
Kredit: Instagram

“Jumpa Lagi Ya Abang” Ibu Luah Rasa Rindu, Nak Peluk & Cium Adik Zayn Rayyan

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meluahkan rasa rindu terhadap arwah yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang baru-baru ini.

Ismanira Abdul Manaf (28) telah memuat naik luahan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya (@izzmanaf) pada pagi ini.

Dia ternyata merasa amat sedih dan terkesan dengan pemergian anak tercinta yang baru sahaja berusia enam tahun.

“Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila, tiada ganti.

“Maafkan mommy kalau banyak kekurangan sepanjang mommy membesarkan abang,” luahnya.

Luahan pilu tersebut disertai dengan sekeping gambar kenangan dimana dia dilihat memangku Arwah Zayn Rayyan yang sedang menyusu botol ketika berada di dalam kenderaan.

ibu zayn rayyan jumpa lagi ya abang
Kredit: Instagram

Ibu Zayn Rayyan jelas sebab mengapa tidak dapat membalas semua mesej dan panggilan dari semua pihak

Selain itu, Ismanira turut berkongsi sedikit perkembangan terkini berkenaan kes melibatkan anaknya. Wanita tersebut memohon maaf kerana tidak dapat memberi respon terhadap beberapa pertanyaan yang dibuat sebelum ini.

Difahamkan, telefon Ismanira dan suaminya masih berada dalam pegangan pihak polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

“Maaf saya tak dapat nak balas Whatsapp, mesej peribadi atau panggilan buat masa. Telefon saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan,” katanya.

Malah, dia juga terpaksa meminjam telefon daripada individu lain untuk mengakses Instagram peribadi tersebut.

“Instagram ni saya log in guna phone lain, pinjam phone orang,” katanya lagi.

Pada hujung kenyataan, Ismanira berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya dalam saat-saat paling genting ini.

Dia turut mengakui keadaan dirinya masih belum stabil susulan tragedi tersebut.

“Terima kasih semua yang mendoakan. Saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan, saya masih lagi tak stabil emosi.

“Ini ujian paling berat dalam hidup, Ya Allah tabahkanlah aku.”

ibu zayn rayyan jumpa lagi ya abang

Sebelum ini, kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa ditemui meninggal dunia.

Jasadnya ditemui di anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa.

Kematian mangsa kemudian diklafikasikan sebagai kes bunuh.

BACA: Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera

Sumber: izzmanaf via Instagram & Bernama via X