Siakap Keli
Ribuan bangkai ikan terdampar
Kredit X/TheInsiderPaper

Ribuan Ikan Ditemui Mati Secara Misteri, Bangkai Terdampar Tepi Pantai Di Jepun

Ribuan Ikan Ditemui Mati Secara Misteri, Bangkai Terdampar Tepi Pantai Di Jepun

Ribuan bangkai ikan dilapor telah ditemui terdampar di sepanjang pantai di utara Jepun, lapor Sky News.

Bangkai-bangkai ikan yang kebanyakkan terdiri daripada spesies ikan sardin dan tenggiri itu ditemui terdampar di Hakodate, sebuah pulau utama di utara Hokkaido, Khamis lalu.

Difahamkan, bangkai-bangkai ikan itu boleh dilihat di kawasan pantai sepanjang kira-kira setengah batu itu.

Dalam pada itu, menurut penduduk tempatan, ia merupakan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di kawasan mereka.

Sehari selepas penemuan bangkai-bangkai ikan itu, kakitangan daripada pejabat pentadbiran daerah dilihat turun dan meninjau kawasan berkenaan. Mereka juga dilapor mengutip bangkai-bangkai ikan yang ditemui di pantai tersebut.

Pihak berkuasa turut dilapor mengeluarkan amaran agar orang awam tidak mengambil dan makan bangkai-bangkai tersebut.

Sehingga kini, punca kejadian misteri itu masih belum dapat dirungkaikan

Bagaimanapun, seorang penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata kematian ikan-ikan itu mungkin berpunca daripada faktor keletihan.

Katanya, kumpulan besar ikan itu mungkin dikejar oleh spesis ikan yang lebih besar ketika migrasi besar-besaran berlaku.

Kekurangan oksigen semasa bergerak dalam kumpulan yang besar dan padat boleh menjadi faktor ikan-ikan itu mati dan terdampar di kawasan tersebut.

Takashi menambah kejadian yang berlaku juga bertembung dengan musim penghijrahan ikan sardin ke arah selatan ketika ini. Ikan-ikan itu juga mungkin memasuki perairan sejuk secara tiba-tiba.

Katanya lagi, dia pernah mendengar fenomena tersebut berlaku sebelum ini, namun tidak pernah melihat sendiri di depan mata.

Dalam pada itu, Takashi turut menjelaskan bahawa ikan yang mati dan mereput di pesisir pantai boleh menyebabkan paras oksigen di dalam air menurun.

Situasi itu kemudian juga boleh menyebabkan keadaan persekitaran marin di kawasan pantai tersebut terjejas.

BACA: Malaysia Bakal Menerima Pelaburan Besar Bagi Mewujudkan Teknologi AI

BACA: Jadi Tumpuan, Abang Ni Kongsi “Step” Dapatkan Baucar Diskaun Kompaun Trafik PDRM Di SNBJ

Sumber: Sky News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.