Siakap Keli
pelaburan teknologi AI
Kredit X/Anwar Ibrahim

NVIDIA Setuju Labur, Bantu Malaysia Bangunkan Ekosistem & Pusat Data AI

Malaysia Bakal Menerima Pelaburan Besar Bagi Mewujudkan Teknologi AI

Malaysia dilaporkan bakal menerima pelaburan dalam mewujudkan teknologi Kecerdesan Buatan (AI) daripada syarikat teknologi multinasional, NVIDIA.

Perkara itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran terbarunya di laman X sebentar tadi.

Menurutnya, perkara itu berjaya direalisasikan selepas perbincangan penuh makna bersama Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Corporation, Jensen Huang telah dijalankan pada petang tadi.

Terlibat sama dalam pertemuan tersebut adalah Pengarah Urusan YTL Powe, Dato’ Yeoh Seok Hong.

“Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyinggung potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait Kecerdasan Buatan (AI).

“Saya tekankan bahawa Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi yang diterajui AI,” tulis Anwar dalam perkongsian tersebut.

Sehubungan dengan itu, Jensen dikatakan telah menyatakan kesediaan dalam menyokong dan bersetuju dalam membangunkan ekosistem AI di Malaysia.

Sokongan diberikan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia.

Tambah Anwar lagi, NVIDIA telah melihat potensi negara selepas melihat sumber dan kemampuan Malaysia dalam menyediakan keperluan dan syarat sebagai hub AI.

Bersetuju untuk melabur di Malaysia

NVIDIA juga telah bersetuju untuk mengadakan perkongsian strategik dengn konglomerat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan pusat data.

“Sehubungan itu, NVIDIA akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia. YTL yang membina pusat data AI melibatkan pelaburan berjumlah RM20 bilion.

“YTL telah memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaru bagi membina sistem Awan AI berpengkalan di Malaysia,” tulis Anwar lagi.

Sementara itu, Anwar turut optimis dengan pelaburan tersebut yang dilihat sebagai satu isyarat bahawa Malaysia masih menjadi piliha syarikat gergasi teknologi dunia.

“Keputusan NVIDIA untuk melabur di Malaysia adalah satu isyarat yang jelas bahawa pelabur asing. Terutamanya syarikat gergasi teknologi dunia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini.

NVIDIA adalah sebuah syarikat teknologi multinasional yang menjadi perintis kepada teknologi pengkomputeran dipercepatkan.

Syarikat itu juga merupakan syarikat ke-6 terbesar dunia daripada segi modal pasaran.

BACA: Jadi Tumpuan, Abang Ni Kongsi “Step” Dapatkan Baucar Diskaun Kompaun Trafik PDRM Di SNBJ

Sumber: X/Anwar Ibrahim

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.