Bersempena setahun Kerajaan MADANI mentadbir negara, Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ini dilangsungkan di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Kuala Lumpur bermula hari ini (8 Disember hingga 10 Disember 2o23) selama tiga hari dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam.
Menerusi program ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di sana termasuklah Pengurangan Kadar Bayaran Kompaun Saman PDRM sehingga 50 Peratus. Menarik bukan?
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mempunyai tunggakan saman yang belum dilunaskan boleh hadir ke SNBJ dalam tempoh ini.
Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Datang Ke SNBJ?
Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nivoslider menjelaskan prosedur pembayaran saman di SNBJ itu.
Ikuti langkah berikut di bawah;
Prosedur Untuk Walk In Bayar Saman Di SNBJ
Bagi mereka yang ingin membuat pembayaran saman PDRM bersempena diskaun bayaran sebanyak 50 peratus boleh datang ke kaunter yang disediakan di SNBJ.

Meskipun dalam notis pemberitahuan tidak menyatakan lokasi secara spesifik, dia memaklumkan pengunjung boleh terus mencari khemah nombor 2 untuk membuat akses pembayaran.
BACA JUGA: Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai
Langkah pertama, pengunjung perlu mengimbas kod QR untuk virtual que sebelum memasuki khemah berkenaan.
Langkah kedua, selepas memasuki khemah nombor 2, pengunjung perlu menunggu sebentar sementara nama dipanggil mengikut nombor giliran masing-masing. Di dalam khemah, terdapat 12 kaunter yang disediakan.

Langkah Nak Dapatkan Diskaun 50 Peratus
Masa aku duduk ni, aku nampak koperal edar-edar slip kecik dekat several people..aku macam terdetik nak tanya..
Rupanya dia kata
Tuan : boleh bayar thru apps jugak..
Aku : aik tapi apps tak dapat 50% diskaun?
Tuan : ha dia ada promo code..
Aku : mana nak dapat promo code?
Tuan : ok tuan bukak apps, lepastu key in code ni.. (aku tutup la code tu sebab tu aku punya)
Aku : so kalau saya bayar ni, tak yah beratur dah la?
Tuan : buat dekat rumah pon xpe..
Aku : *hulur tangan nak salam* Terima kasih tuan..

Gambar: Twitter @nivoslider
Langkah ketiga, kemudian, pergi ke kaunter dan minta slip seperti ini. Barulah pembayaran saman dapat dikurangkan kepada kadar separuh harga.
Untuk makluman, program ini terletak di zon B. Oleh itu, pastikan orang ramai yang hadir meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran zon berkenaan.
Semoga bermanfaat.