Siakap Keli
mayat akauntan tepi jalan
Kredit: Orang awam

Mayat Akauntan Disyaki Dibunuh Ditemukan Di Tepi Jalan

Mayat Akauntan Disyaki Dibunuh Ditemukan Di Tepi Jalan

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.

“Semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

BACA: Penganggur Dipenjara Enam Tahun, Disebat Kerana Rompak RM50 Milik Seorang Lelaki

Sebelum ini media melaporkan seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas, yang meminta wang tebusan sebanyak RM330,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang itu telah dibayar melalui aplikasi dompet kripto USDT namun pada 23 Okt, pihak berkuasa Filipina menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di San Simon, Pampanga.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana