Siakap Keli
cincin pembersih hampagas
Kredit: Wion News

Cemas, Cincin Harga RM3.7 Juta Ditemui Dalam Pembersih Hampagas

Cemas, Cincin Harga RM3.7 Juta Ditemui Dalam Pembersih Hampagas

Seorang usahawan wanita dari Malaysia berdepan detik cemas apabila cincin berlian miliknya berharga kira-kira RM3.73 juta hilang ketika menginap di hotel mewah di Perancis, lapor The Guardian.

Kejadian tersebut berlaku ketika wanita itu menginap di hotel The Ritz Paris.

Penemuan cincin itu dimaklumkan pihak hotel selepas usahawan itu membuat laporan mengenai barangannya yang hilang.

Hasil siasatan mendapati pihak keselamatan hotel telah menemukan cincin itu di dalam pembersih hampagas dan ia berada dalam keadaan bersih.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan persoalan sama ada ia lesap disebabkan ia rompakan yang dirancang dengan teliti dan disasarkan atau kecuaian pemilik.

Hal ini kerana penemuan barangan berharga itu agak kurang menarik berbanding teori yang telah diungkapkan atau didakwa dalam talian.

Akhbar Le Parisien mendakwa bahawa penemuan itu tidak cukup untuk menghilangkan semua keraguan tentang apa yang berlaku.

Pun begitu, hotel itu berkata pelanggannya gembira dengan berita penemuan cincin berlian berkenaan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di Ritz Paris yang menggerakkan pencarian ini dan yang bekerja setiap hari dengan integriti dan profesionalisme,” katanya kepada Le Parisien.

Meceritakan kembali, wanita itu berkata dia telah meninggalkan cincin itu di atas meja pada Jumaat ketika pergi membeli-belah di bandar selama beberapa jam.

BACA: Hujan Lebat, Operasi Sedut Air Di Lokasi Penemuan Mayat Zayn Rayyan Ditangguh

Apabila dia kembali ke bilik, cincin yang ditinggalkan telah hilang.

Usahawan itu kemudiannya bertindak dengan memfailkan aduan dan hotel itu berkata pihaknya sedang mencari cincin menggunakan semua petunjuk yang diberi.

Polis juga tiba di tempat penginapan itu untuk menyiasat berserta pendakwa raya yang bersedia untuk mengambil kes itu jika disyaki berlaku kes kecurian aras tinggi.

Difahamkan juga, ia bukanlah kali pertama kes itu berlaku di hotel terkenal di Place Vendôme.

Sebelum ini, salah seorang ahli keluarga diraja Saudi yang tidak disebutkan namanya melaporkan kecurian barang kemas bernilai kira-kira RM4 juta dari biliknya pada 2018.

Beberapa bulan sebelumnya lima lelaki bersenjata melarikan barang kemas bernilai lebih RM20 juta dari tingkap di hotel.

Sumber: The Guardian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana