Kecur Air Liur, Ini Resipi Sardin Masak Lemak Cili Api Wajib Cuba
Sebut sahaja masak lemak cili api, tentunya ramai antara kita menyukai hidangan ini. Lebih-lebih lagi ia merupakan salah satu hidangan paling popular di Negeri Sembilan.
Menu ini juga merupakan salah satu hidangan tradisional yang ‘kena dengan tekak’ semua lapisan masyarakat. Jadi tidak hairan sekiranya terdapat banyak gerai makan yang menyediakan menu ini di sekitar bahu jalan khususnya di Negeri Sembilan.
Rasa kuah santannya yang cukup berlemak, ditambah dengan nikmat kepedasannya pasti membuatkan ramai yang menambah nasi berpinggan-pinggan.
Kebiasaannya, resipi ini menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama, namun apa kata kali ini ia diubah dengan bahan lain untuk mencuba sedikit kelainan iaitu ikan sardin.
Jadi bagaimanakah cara resipi ini disediakan? Tanpa membuang masa mari kita ikuti perkongsian Atiqah Sulaiman mengenai resipi unik ini menerusi Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah. Semoga bermanfaat.
Sardin Masak Lemak Cili Api

Ni first time buat ikan sardin masak lemak cili padi. Sebelum ni tengok je kawan-kawan punya sebab tak berani nak try.
Tapi bila dah try, perghh 3 pinggan cik makan. Nak-nak lagi bila pedas menyengit.
Korang pernah masak ni tak?
Ni resepi bagi yang first time nak try.
BACA JUGA: Wanita Terkejut Dapat Tahu Suaminya Perempuan Lepas Tiga Hari Bernikah
Blend:
Bawang merah sebiji, bawang putih lima ulas, kunyit hidup dan cili api.
Bahan-bahan lain;
Kentang, sayur kacang panjang, serai ketuk dan santan.
Cara penyediaan;

Pertama, letak air macam biasa dalam kuali ikut budget la, then letak bahan blender.
Kedua, letak kentang tunggu sampai empuk.
Ketiga, masukkan santan, letakkan garam dan perencah sesedap rasa.
Keempat, masukkan ikan sardin beserta sosnya sekali.
Kelima, masukkan sayur kacang, tunggu seminit dua then tutup api.
Sumber: Atiqah Sulaiman via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)