Siakap Keli
bekas atlet jurulatih sekolah
Kredit: BERNAMA

KPM Pertimbang Cadangan Bekas Atlet Jadi Jurulatih Sekolah

KPM Pertimbang Cadangan Bekas Atlet Jadi Jurulatih Sekolah

Cadangan penglibatan bekas-bekas atlet negara dalam menjadi jurulatih di sekolah akan ditimbangkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Lapor Sinar Harian., menterinya Fadhlina Sidek berkata cadangan itu sangat baik dalam meningkatkan motivasi sukan dalam kalangan kanak-kanak serta lonjakkan sukan dalam peringkat sekolah.

“Pada saya, pandangan tersebut sangat baik khususnya kalau mereka ini dilibatkan dalam konteks untuk meningkatkan motivasi sukan dalam kalangan anak-anak kita.

“Saya boleh berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan bagi melihat perkara-perkara tertentu yang barang kali boleh menjadi lonjakan kepada sukan khususnya di peringkat sekolah.

“Contohnya, tentang perkara yang kita lihat untuk melahirkan bakat-bakat lebih baik dengan pertolongan jurulatih yang merupakan mantan ahli sukan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkenaan dasar KPM dalam membenarkan jurulatih luar untuk hadir ke sekolah dan mengajar mengikut waktu tertentu.

Tambah Fadhlina, sebelum KPM melaksanakan cadangan itu terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dan dititik beratkan dari segi jenis latihan termasuk psikososial, cara mengurus dan perlindungan anak-anak.

Menurutnya, pihak kementerian perlu meneliti jenis latihan termasuk psikososial, cara mengurus dan perlindungan anak-anak.

KPM terus usaha atasi kesenjangan murid akibat kemiskinan multidimensi

Sebelum ini, Fadhlina berkata KPM akan terus membantu pelajar yang tercicir akibat kemiskinan multidimensi, dalam memastikan kesenjangan murid dapat diatasi sekali gus memperbaiki pencapaian murid Malaysia dalam laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), akan datang.

Katanya, melalui gerak kerja dan usaha yang dilakukan kementerian itu sejak setahun lalu, mereka telah berjaya menghasilkan beberapa kisah yang berjaya dan berharap semua pihak akan terus berada dalam jalur gerak kerja yang sama, untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara.

Beliau berkata antara penyumbang yang dikenal pasti kepada penurunan pencapaian itu, termasuklah penutupan sekolah dalam tempoh yang panjang akibat pandemik COVID-19 dan kemiskinan multidimensi seperti miskin peranti, akses internet ruang dan peluang untuk pendidikan.

“Semua masalah itu telah kita tangani dan akan terus kita tangani, dengan apa kita telah lakukan termasuk apabila kita luncurkan Dasar Pendidikan Digital ini, juga sebahagian yang mahu kita pertingkatkan dalam konteks PISA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dengan KPM hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.