Siakap Keli
kpm benarkan baju sukan
Kredit BERNAMA

KPM Setuju Benarkan Murid, Guru Pakai Baju Sukan Ke Sekolah Semasa Cuaca Panas

KPM Setuju Benarkan Murid, Guru Pakai Baju Sukan Ke Sekolah Semasa Cuaca Panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas.

Menerusi satu surat yang dipersetujui KPM yang dikeluarkan kepada semua ketua bahagian dan pengarah pendidikan negeri, kebenaran khas itu dibuat untuk mengelakkan kemudaratan kesihatan semasa cuaca panas.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara.

“Sehubungan dengan itu, mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan, KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakan pakaian/baju sukan yang sopan semasa cuaca panas,” tulis kenyataan itu.

Selain itu, peringatan juga diberikan agar pihak sekolah sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan pantas dapat diatasi dengan segera.

Pengeluaran notis itu telah dimuat naik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia di Facebook rasmi miliknya hari ini.

BACA: Suhu Panas 37 Celcius Landa 12 Kawasan Di Semenanjung Malaysia

Terdahulu, suhu tinggi direkodkan di beberapa negara Asia sejak beberapa minggu lalu selepas ia dicekam haba panas sepanjang April.

Menurut laporan CNN, di Asia Tenggara, beberapa negara mencatatkan suhu tertinggi yang pernah direkodkan. Manakala di India, sekurang-kurangnya lebih sedozen maut akibat cuaca panas.

Laos menjadi negara terkini yang mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarahnya apabila suhu sehingga 42.7 darjah celcius dicatatkan di Luang Prabang pada Selasa. Di Thailand, suhu setinggi 45 darjah celcius direkodkan buat pertama kali, kata agensi meteorologinya.

Bandar paling utaranya di Tak, merekodkan suhu 45.4 darjah celcius. Bagaimanapun, kota-kota di Thailand secara purata mencatatkan suhu diantara 30 – 40 darjah celcius sejak akhir Mac.

Bahang panas April diramal berterusan

Situasi berubah pada April apabila Thailand mengeluarkan amaran kesihatan untuk beberapa wilayah. Amaran itu dikeluarkan kerana indeks haba diramalkan mencecah 50.2 darjah celcius, seperti di Bang Na di Bangkok.

Indeks haba adalah ukuran bagaimana suhu itu dirasai, dengan mengambil kira suhu udara dan kelembapan untuk mengukur impaknya.

Sumber: NUTP via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.