Sebanyak 17 kawasan direkodkan berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan cuaca panas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kemas kini status cuaca panas memaklumkan 11 kawasan di Semenanjung terlibat iaitu di Larut & Matang, Kuala Kangsar, Kampar dan Batang Padang di Perak.
Ia juga membabitkan kawasan Kuala Krai di Kelantan.
17 kawasan rekod cuaca panas

Manakala, di Pahang pula, cuaca panas Tahap 1 direkodkan di Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan.
Begitu juga di Hulu Selangor dan Gombak di negeri Selangor.
Beralih ke Sabah, lima kawasan direkodkan pada Tahap 1 iaitu Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran.

Di Sarawak, hanya satu kawasan direkodkan iaitu di Marudi.

Menurut MetMalaysia, Tahap 1 dicatat apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
