Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh Malaysia.
Cuaca Panas: 16 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga
Menurutnya, terdapat 10 kawasan di Semenanjung kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.
Ia melibatkan (Larut & Matang, Kuala Kangsar, Kampar & Batang Padang) Perak, (Kuala Krai) Kelantan, ( Kuantan, Raub, Temerloh & Pekan) Pahang dan (Gombak) Selangor.

Sementara di Sabah pula merekodkan 5 kawasan pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas & Beluran.

“Satu lagi kawasan di Sarawak pula berada pada Tahap 1 melibatkan kawasan Marudi,” maklum kenyataan itu.

“Tahap berjaga-jaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
