Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Siasat Pelajar Maut Didakwa Dilanggar Lari

Iqbal Yasir
Pelajar Maut Dilanggar Lari 
Gambar: Sinar Harian

Polis Siasat Pelajar Maut Didakwa Dilanggar Lari

IPOH, 15 Dis (Bernama) — Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan kini sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

“Kita telah dapat laporan daripada beberapa saksi. Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mohd Yusri berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.

BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Mansuh Undang-Undang Berkaitan Goda Isteri Orang

Beliau berkata mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk proses bedah siasat.

Terdahulu tular hantaran oleh orang awam di laman Facebook mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang didakwa dilanggar oleh sebuah kereta.

Sumber: BERNAMA