Siakap Keli
warga emas tembak isteri anak
Kredit: The Thaiger

Warga Emas Tembak Isteri, Anak Lepas Hubungan Sulit Terbongkar

Warga Emas Tembak Isteri, Anak Lepas Hubungan Sulit Terbongkar

Tertangkap melakukan hubungan sulit, seorang lelaki di Thailand dilapor tergamak menembak isteri dan anaknya sendiri selepas mereka membongkarkan hubungan terkutuk yang dilakukan olehnya, lapor The Thaiger.

Kejadian yang berlaku di Suphan Bari pada petang Rabu itu mengejutkan kejiranan susulan mendengar das tembakan dilepaskan.

Polis dari Balai Polis Song Phi Nong bergegas ke kediaman suspek pada 4.45 petang semalam selepas dimaklumkan tentang tembakan itu.

Apabila polis sampai di tempat kejadian, lelaki berusia 64 tahun itu sedang memegang sepucuk revolver 38 di tangan.

Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas wanita itu mengalami luka tembakan di leher dan kakinya, manakala anaknya ditembak di dada.

Kronologi kejadian

Menceritakan kembali, warga emas itu berkata isterinya yang berusia 61 tahun mengetahui tentang perbuatannya selepas dia kerap memberikan wang kepada perempuan simpanannya.

Lelaki itu dikatakan kerap memberi duit dan hadiah kepada wanita simpanannya dan hubungan tersebut dikatakan telah lama terjalin.

Walaupun hubungan sulitnya terdedah, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskannya.

Lelaki itu malah masih menghubungi wanita terbabit sehingga hubungannya bersama isteri renggang akibat setiap hari bertengkar.

Bagaimanapun, pada hari kejadian yang tenang, pertengkaran sengit telah berlaku antara dia dan isterinya hingga menyebabkan dia melepaskan tembakan sebanyak dua kali.

Semasa pertengkaran berlaku, anaknya berusia 32 tahun yang melihat kejadian itu cuba untuk meleraikan pergaduhan.

BACA: Mayat Dalam Tangki Universiti: Bukan Dua Tapi Lima

Akan tetapi, lelaki tersebut bertindak untuk menembak dada anaknya.

Lelaki itu yang sedar akan kesalahannya memandu sendiri ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut.

Setelah itu, dia kembali semula ke rumah, menunggu polis datang untuk menahannya.

Lelaki tersebut juga sempat mendakwa isterinya cuba untuk meracuni makanannya menyebabkan dia terkena cirit-birit.

Dalam pada itu, warga emas itu menjelaskan dia menembak anaknya kerana dia secara konsisten memihak kepada ibunya, menyokong tindakannya terhadapnya.

Tindakannya membawa padah selepas kes tersebut dituduh atas cubaan membunuh.

Dia berpotensi untuk dikenakan hukuman yang membawa kepada penjara seumur hidup atau 15 hingga 20 tahun penjara.

Sumber: The Thaiger

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana