Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Dikhuatiri Lemas Selepas Hilang Di Tali Air

Iqbal Yasir
Remaja lemas tali air
Gambar: Bomba

Remaja Dikhuatiri Lemas Selepas Hilang Di Tali Air

KUANTAN, 15 Dis (Bernama) — Seorang remaja berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohamad Amirul Haikal Che Jaafar, yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dilaporkan kali terakhir dilihat pada 3.50 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah diaktifkan sejak petang tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

BACA JUGA: Kes Pelajar Maut Didakwa Dilanggar, Pegawai Kanan Polis Ditahan

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau di sini, difahamkan ke tali air itu bersama enam rakan.

Sumber: BERNAMA