Siakap Keli
jiran

Jiran Baru Sedar, Kisah Ibu Tunggal Kerap Didatangi Sekumpulan Individu Naik Van Bikin Curiga

Kita ni kalau dah hidup berjiran, mesti ada je macam-macam kerenah jiran yang kita jumpa. Ada yang tak berapa nak mesra, ada yang suka berbual, tak lupa juga ada yang suka ambil tahu hal jiran.

Cakap pasal ambil tahu hal jiran ni, boleh dikatakan sikap ni ada baik dan buruknya. Kalau buruk, macam-macam cerita tak best yang akan jadi sampai boleh jadi gaduh. Kalau baik pula, sekurang-kurangnya kita boleh tahu yang jiran kita dalam keadaan selamat atau tidak.

Namun, macam mana pula kalau jiran kita buat sesuatu yang mencurigakan? Situasi tersebut dihadapi oleh individu ini di mana dia berasa curiga dengan situasi pelik yang berlaku kepada jirannya itu.

“Jiran aku ni ibu tunggal anak 5, baru je pindah sini. Kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yang peliknya, rumah dia tiap2 bulan ada je orang yang datang dengan van, siap bawa kotak. Bila aku tanya jiran2 lain, takda pulak yang tahu, ke aku sorang ja yang nampak?

jiran

Nak hilangkan rasa curiga, aku terus tanya dengan jiran aku benda apa yang sampai ramai orang datang rumah dia. Bila dengar soalan tu, dia gelak ja weh mula2 tu. Aku auto confuse masa tu.

Bila dia dah cerita semua, terus rasa teruknya pemikiran aku ni duk was-was dengan jiran aku ni. 

jiran

Rupanya, orang-orang yang datang dengan van tu adalah pegawai LZS yang turun untuk agih bantuan kepada golongan asnaf.

Bila dia dah cerita tu, baru aku sedar yang jiran aku ni layak terima bantuan zakat berdasarkan ciri-ciri 8 golongan asnaf zakat. Sebab itulah, tiap2 bulan ada je orang datang dengan van.”

Menerusi situasi yang dikongsikan individu di atas, kita juga sebenarnya mainkan peranan dalam misi Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan ambil maklum betapa pentingnya bantuan zakat kepada 8 jenis golongan asnaf.

Tertanya-tanya juga, siapa yang tergolong dalam 8 golongan tersebut? Berdasarkan info LZS, dekat bawah ni min kongsikan senarai 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat.

1) Asnaf Fakir

  • orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, ada harta atau pendapatan namun tidak mencapai 50% daripada had kifayah diri dan tanggungannya.

2) Asnaf Miskin

  • orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50% keperluan dirinya dan tanggungannya. Tetapi, masih belum mencukupi had kifayah.

3) Asnaf Amil

  • Amil, pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4) Asnaf Muallaf

  • Seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam.

5) Asnaf Riqab

  • Seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6) Asnaf Fisabilillah

  • Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

7) Asnaf Gharimin

  • Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

8) Asnaf Ibnu Sabil

  • Orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
    • Putus bekalan dalam perjalanannya.
    • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
    • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
    • Ditinggalkan dalam perjalanan.

Malah, bagi yang tidak tahu zakat merupakan bahagian penting dalam Islam untuk membantu golongan fakir dan miskin. Disebabkan itulah LZS ada sediakan pelbagai kemudahan pembayaran zakat untuk kita menyalurkan pembayaran zakat.

Bercakap tentang pembayaran zakat, korang tahu tak boleh buat bayaran zakat melalui fpx.zakatselangor.com.my.

Jelaslah, Lembaga Zakat Selangor telah melakukan pelbagai usaha bagi menyantuni golongan asnaf ini sehingga mereka mampu untuk keluar dari belenggu kemiskinan dengan sendiri.

Diharapkan agar LZS dapat bantu mengubah hidup golongan asnaf ini dari seorang mustahik (orang yang menerima zakat) kepada muzakki (orang yang mengeluarkan zakat).

Nak tahu lebih lanjut tentang pembayaran zakat, korang boleh rujuk laman web LZS di sini. Ataupun, rujuk page media sosial LZS di Facebook dan Instagram untuk sebarang info terbaharu.

Adib Mohd