Siakap Keli
Gambar via Che Sayang Kitchen

Resipi Apple Pie, Kalau Nak Sedap Bakar Jangan Goreng!

Resipi Apple Pie, Kalau Nak Sedap Bakar Jangan Goreng!

Keropok lekor, karipap, pisang goreng, churros dan banyak lagi makanan merupakan juadah yang kerap dimakan untuk minum petang. Dihidangkan pula dengan air panas seperti kopi’o, teh’o dan teh. Pada waktu petang, makanan dan minuman itu terasa amat sedap apabila dimakan pada waktu itu.

Tetapi, sesekali nak juga makan juadah yang kata orang ‘makanan orang putih’ kan? Contohnya, apple pie. Kebanyakan kedai tidak menjual apple pie dan ia hanya boleh didapati di kedai-kedai yang tertentu saja.

Jadi, apa kata anda belajar buat sendiri apple pie ini? Lepas ini, anda tidak perlulah pergi ke kedai dan membelinya.

Bahan Dan Cara Membuat Apple Pie

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apple pie ini adalah puff pastry, sebiji atau dua biji epal yang dipotong dadu, setengah cawan gula perang, cinnamon powder, sedikit garam, setengah sudu butter dan satu sudu tepung jagung yang dicampur dengan air suam.

Cara membuat apple pie ini juga sangat mudah. Anda perlu masukkan epal yang sudah dipotong dadu ke dalam kuali, masukkan juga gula perang dan juga sedikit cinnamon powder.

Kemudian, masukkan sedikit garam. Anda boleh gunakan setengah sudu kecil bagi sukatan garam itu. Masukkan juga sedikit butter. Nyalakan api dan masakkan bahan-bahan sehingga bahan-bahan cair dan epal sudah lembut.

Seterusnya, masukkan pula tepung jagung yang sudah dicampur dengan air suam dan gaulkan bersama bahan-bahan yang lain. Apabila sudah masak, tutup api dan letakkan di tepi dahulu.

Selepas itu, potongkan pastry puff kepada dua dan letakkan inti epal ke atas pastry puff itu dan tutup menggunakan puffy pastry yang telah dipotong itu. Anda boleh kemaskan bahagian tepi pastry puff itu dengan menggunakan garpu. Kemudian, barulah anda gorengkan apple pie itu.

Tetapi, menggoreng pai epal itu akan menyebabkan pastry puff itu menyerap minyak secara berlebihan. Untuk kurangkan minyak, anda boleh saja membakar pai epal ini menggunakan oven ataupun air fryer dengan suhu 190 darjah celsius selama 8 hingga 10 minit.

Setelah dibakar atau digoreng, siaplah apple pie anda! Senangkan cara membuatnya? Selamat mencuba!

Sumber: Che Sayang Kitchen

BACA JUGA: Jangkitan Virus Covid-19, Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Masih Bergejala Setelah Tamat Kuarantin?

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.