Siakap Keli
kenderaan di sabah
Kredit: Bernama

Ini Satu Lagi Kenderaan Paling ‘Berkuasa’ Di Sabah, Trak Pikap Pun Kalah

Ini Satu Lagi Kenderaan Paling ‘Berkuasa’ Di Sabah, Trak Pikap Pun Kalah

“Kat Sabah ni kalau tak naik ‘Hailak’ memang tak sah. Sana sini orang naik ‘Hailak’. Pergi pasar, pergi sekolah, pantai, hutan, bukit, semuanya ‘Hailak’. Bahasa mudahnya kau takkan dianggap ‘terpaling Sabahan’ selagi belum guna ‘Hailak’. Ada faham bah?”

Boleh dikatakan kenderaan yang paling penting di negeri di bawah bayu, Sabah dan dipercayai antara terbanyak digunakan di sana ialah trak pikap. Sebab apa? Sebab ia sesuai dengan semua lokasi dan keadaan muka bumi di sesetengah tempat di sana.

Tapi percaya atau tidak, di sebalik kemampuannya boleh meredah hutan, sungai, naik turun bukit, keluar masuk kampung, ada satu saja perkara dan lokasi yang MUNGKIN trak pikap tidak dapat nak buat dan tujui, iaitu bawa jenazah ke kubur.

Betul juga. Macam mana nak bawa jenazah baik trak pikap? Takkan nak ikat keranda menegak di belakangnya? Jem..ini bukan bawa perabot bah! Jelas bahawa trak pikap bukanlah satu-satunya kenderaan yang paling power di Sabah.

Namun sebaliknya kalau anda nak tahu, sebenarnya ada satu lagi kenderaan di Sabah yang mungkin boleh dianggap jauh lebih ‘berkuasa’ berbanding trak pikap, iaitu van jenazah!

Trak pikap vs van jenazah

kenderaan di sabah

Ye betul! Van jenazah sangat penting peranannya dalam membantu pengurusan jenazah-jenazah muslim di sana. Apa yang lagi menarik, ia ‘digerakkan’ oleh pihak yang bertanggungjawab melepaskan kita ke Tanah Suci untuk haji..iaitu Tabung Haji (TH)!

Pelik juga kan, macam mana Tabung Haji yang kita sedia kenal sebagai watak utama yang menguruskan urusan ibadah haji rakyat Malaysia selama ini, boleh terlibat sama dalam hal ehwal jenazah Islam sampai ke Sabah sana?

Demikianlah yang dilakukan oleh Tabung Haji melalui Program Mobiliti Tabung Haji yang menyalurkan sumbangan van jenazah dan van penumpang kepada masjid, surau serta pusat komuniti Islam seperti yang terbaru di Masjid Ar Rahim Kampung Jawa, Melalap, di Tenom pada September lalu.

kenderaan di sabah

Untuk makluman semua, ini bukan kali pertama ya Tabung Haji  sumbang van jenazah untuk kegunaan awam. Hakikatnya Program Mobiliti Tabung Haji setakat ini sudah pun menyumbang sebanyak 136 kenderaan di seluruh negara yang turut memberi manfaat kepada lebih 300,000 orang!

Salute! Agak kreatif cara Tabung Haji bantu orang ni, sekurang-kurangnya dapat juga pahala kepada pendeposit yang menyimpan di Tabung Haji. Sambil menyimpan sambil membantu, berkat duit simpanan haji la katakan.

Difahamkan, kalau ikut ‘sejarahnya’, Program Mobiliti Tabung Haji pada awalnya hanyalah memfokuskan sumbangan kenderaan van dwi-fungsi ke masjid-masjid dan surau-surau yang boleh digunakan bagi tujuan pengurusan jenazah serta van penumpang.

Namun pada tahun 2021, Tabung Haji menambah baik program ini dengan memperluaskannya ke pusat-pusat tahfiz, badan dan rumah kebajikan terpilih di Malaysia. Tahun ini pula 25 van jenazah dan 15 van penumpang telah disumbangkan Tabung Haji kepada masjid, surau dan pusat jagaan berdaftar di seluruh negara. Terbaiklah Tabung Haji!

Program ini mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Na’im Mokhtar yang turut mengajak agensi dan badan korporat lain untuk mencontohi usaha murni Tabung Haji.

Ketahui program-program CSR Zakat Tabung Haji

Selain Program Mobiliti, Tabung Haji turut menjalankan pelbagai lagi program CSR Zakat bagi membantu golongan asnaf selain membuat pembayaran zakat ke pusat-pusat zakat negeri di seluruh Malaysia setiap tahun!

Program Ehsan – Tidak ‘sempurna’ Ramadan kalau tiada aktiviti bantu-membantu sesama insan. Maka Tabung Haji pun ‘into the scene’ dalam hal ini melalui Program Ehsan. Ia merupakan projek bantuan kewangan untuk asnaf memerlukan seperti warga emas, ibu bapa tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU) semasa bulan Ramadan. Motifnya jelas, ia bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan mereka dalam membuat persediaan menyambut Syawal.

kenderaan di sabah

Program Iqra’ – Kukuhnya tamadun itu adalah terletak pada keilmuannya. Dalam hal ini, Tabung Haji pun turut sama menyumbang nilai tambah ketamadunan melalui Program Iqra’. Program pembangunan modal insan ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan keperluan pelajar asnaf  yang sedang melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi di universiti-universiti awam serta institusi terpilih seluruh negara.

Program Ikhtiar – Asnaf mahu berniaga sebagai usaha membina kehidupan lebih baik? Di sinilah saluran tepatnya. Bermula sejak 2015, Tabung Haji menawarkan bantuan suntikan modal bagi asnaf memulakan dan meningkatkan perniagaan mereka berdasarkan kemahiran dimiliki.

kenderaan di sabah

Program A’fiat – Dari hantar pergi haji, bantu anak muda menuntut ilmu di menara gading, sampailah hantar jenazah ke liang lahad, Tabung Haji juga turut menjadi salah seorang ‘frontliner’ dalam sektor kesihatan negara menerusi Program A’fiat. Program ini menyediakan bantuan peralatan perubatan kepada hospital atau penyedia perkhidmatan perubatan terpilih di seluruh negara.

Untuk rekod, program yang dimulakan sejak 2012 ini sudah menyumbang fasiliti kesihatan dan keperluan pesakit seperti katil, mesin hemodialisis dan alatan perubatan dengan nilai peruntukan lebih RM6 juta! Malah pada tahun 2023 kini pula, Tabung Haji juga telah menyumbang 122 unit kaki palsu untuk pesakit terpilih di seluruh negara.

Jadi kesimpulannya, baru kita semua tahu kan yang van jenazah sangat penting untuk menyempurnakan fardhu kifayah umat Islam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman yang sebelum ini bergantung kepada trak pikap.

Ini baru betul orang kata, rupa-rupanya Tabung Haji bukan setakat hantar orang pergi haji saja, tapi sampai ke liang lahad sekali!

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'