Siakap Keli
hessian cloth tebing bukit
Kredit: Facebook

Macam Sabut Kelapa, Fungsi ‘Kain’ Ini Diletak Di Cerun Bukit Ramai Tak Tahu

Macam Sabut Kelapa, Fungsi ‘Kain’ Ini Diletak Di Cerun Bukit Ramai Tak Tahu

Sudah menjadi lumrah manusia, sentiasa bertanya dan mahukan jawapan kepada persoalan yang selalu bermain di fikiran.

Untuk mencari jawapan, ada yang beralih ke media sosial, cuba bertanya dan mendapatkan penjelasan pakar tentang satu-satu persoalan.

Mujurlah pada hari ini, ramai yang tidak kedekut ilmu dan sudi berkongsi pengetahuannya dengan masyarakat.

Oleh sebab itu, seorang pengguna Facebook baru-baru ini memuat naik soalan menarik di dalam sebuah kumpulan Facebook, Tukang Apa Hari Ini.

Dalam hantaran yang dimuatnaiknya, pengguna berkenaan bertanya berkenaan satu fabrik luar biasa yang diletakkan di kawasan cerun bukit.

Fungsi kain macam sabut kelapa diletak di cerun bukit

Turut berkongsi dua keping gambar, dia mahu bertanya berkenaan fungsi kain yang memiliki tekstur seakan-akan sabut kelapa ini.

“Ada sesiapa yang tahu apa fungsi majlis letak benda macam sabut kelapa ni… apa fungsinya?” tanya pengguna Facebook itu dengan nada ingin tahu.

hessian cloth kain sabut kelapa tebing
Kredit: Facebook

Hantaran tersebut telah meraih perhatian dari ahli kumpulan yang lain, yang rata-rata memberikan jawapan kepada soalannya secara ringkas.

Seorang pengguna, Zam Siran berkongsi bahawa kain seakan-akan sabut kelapa ini dikenali sebagai Hessian Cloth.

Hessian Cloth, jut atau guni, diletakkan di kawasan cerun untuk menyerap kelembapan dan mengekalkan keadaan lembap setiap kali disiram.

“Bawah hessian cloth tu ada anak benih rumput yang akan tumbuh guna “water seeding method”. Jadi, tanah tak runtuh sementara rumput tumbuh semula,” katanya.

Seorang pengguna lain, Abu Bakar Hj Ishak mengatakan bahawa penggunaan kain ini turut menghalang tebing bukit dari runtuh serta menghalang lembu daripada memakan benih-benih rumput.

Manakala, pengguna Yusri Yahya menjelaskan bahawa penggunaan Hessian Cloth sebagai sungkupan bersifat mesra alam kena mampu terbiogradasi.

“Medium sementara rumput nak tumbuh… Nanti apabila kain tersebut, automatik jadi baja,” katanya.

Hessian Cloth, sejenis fabrik verstail yang mesra alam

Menurut Dalston Mill Fabrics, kain ini memiliki pelbagai jenis nama mengikut lokaliti.

Sebagai contoh, kain ini sering dipanggil dengan nama ‘burlap’ di Amerika Syarikat dan ‘crocus’ di Jamaica.

Hari ini, terdapat pelbagai jenis kain hessian dalam pasaran. Kain ini diperbuat daripada gentian sisal, tetapi ia juga boleh berasal dari kulit tumbuhan jut itu sendiri.

hessian cloth kain sabut kelapa tebing
Kredit: Dalston Mill Fabrics

Kebanyakan tumbuhan jut ditanam di India yang terdiri daripada dua jenis utama iaitu tossa jute dan white tossa.  Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan yang hangat dan lembap serta memiliki kadar taburan hujan yang tinggi.

Memandangkan jut ini adalah fiber semula jadi, hessian dianggap sebagai satu fabrik mesra alam dan memiliki sifat biodegradasi.

Pada asalnya, fabrik ini memiliki keadaan permukaan yang kasar dan memiliki tenunan yang padat.

Kini, terdapat pelbagai variasi dan fabrik ini telah diperhalusi serta mudah digunakan. Selain tekstur, hessian turut tersedia dalam pelbagai berat dan bentuk yang berbeza.

BACA: Roti Canai Malaysia ‘Mendunia’, Kini Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Sumber: Tukang Apa Hari Ini via Facebook & Dalston Mill Fabrics

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma