Tiga Benda Wajib Buat Bila Masuk Hutan, Jadi Petunjuk Jika Sesat
Hutan sememangnya tempat yang menyenangkan, bebas daripada bunyi-bunyi bising, asap kenderaan dan bangunan pencakar langit.
Jadi tidak hairan mengapa ia menjadi kegilaan anak-anak muda zaman sekarang dan para pendaki untuk mendaki di kawasan berbukit-bukau mahupun gunung-ganang. Dalam masa yang sama, pendaki dapat menerokai alam rimba yang penuh kehijauan.
Namun, perlu dingatkan kawasan ini juga merupakan ‘rumah’ kepada pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi, mereka yang ingin meredah ke dalam hutan perlu membawa pelbagai kelengkapan demi keselamatan diri.
Bukan itu sahaja, penting untuk pendaki meninggalkan jejak atas faktor keselamatan khususnya sewaktu kecemasan.
Oleh itu, hari SK akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh seorang pemilik TikTok @tuan_hutan mengenai tenik-teknik meninggalkan kesan sewaktu memasuki hutan.
Dalam klip tersebut, dia yang juga bekas pakar pengesan tempur memberitahu, pentingnya untuk orang awam meninggalkan kesan sewaktu masuk ke dalam hutan belantara. Ia bertujuan memudahkan bantuan tiba jika berlaku perkara tidak diingini.
Teknik-Teknik Tinggal Kesan Dalam Hutan
Jelas terdapat dua jenis orang sewaktu masuk ke dalam hutan iaitu menggunakan jalan masuk dari checkpoint A dan keluar di checkpoint B manakala jenis kedua adalah masuk dan keluar menggunakan checkpoint A sahaja.
Katanya, penting bagi para pendaki yang mengunakan laluan keluar masuk yang sama untuk meninggalkan kesan ini agar tidak sesat. Jika sesat, kesan yang ditinggalkan memudahkan pasukan mencari dan menyelamat dan anjing pengesan tiba.
Terdapat tiga jenis kesan yang perlu ditinggalkan oleh pendaki iaitu Tahap Tanah (tapak kaki),Tahap Mata dan Tahap Lutut.
Tahap Tanah (tapak kaki)

BACA JUGA: Penumpang Disaran Tiba Di KLIA Empat Jam Sebelum Berlepas – MAHB
Dalam tahap ini, pendaki perlu meninggalkan kesan dengan memijak akar-akar pokok berlumut. Menerusi langkah ini, pasukan penyelamat dapat mengetahui laluan yang digunakan berdasarkan keadaan pada akar lumut yang dipijak.
Mereka juga boleh menyepak sedikit permukaan tanah untuk meninggalkan kesan.

Tahap Lutut

Bagi tahap ini, lelaki itu memberitahu pendaki boleh mencari pokok-pokok kecil berketinggian lutut dan mematahkannya sewaktu berjalan.
“Jadi kalau orang nak kesan anda, orang tengok kat sini je, kesan anda patah-patahkan ni,. Saya nampak oh ni laluan dia, lepastu itu laluan dia,” katanya.
Tahap Mata

Bagi tahap mata pula, pendaki perlu meninggalkan sedikit kesan torehan pada kulit pokok (ketinggian mata). Langkah ini bertujuan untuk memudahkan orang di belakang mencari anda.
Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan torehan di buat pada kulit pokok yang bertentangan dengan anda sewaktu berjalan untuk mudah dilihat dari jauh.
Untuk penerangan lebih jelas, tonton video di bawah
@tuan_hutan Part 1 : Ilmu dan teknik penting. Tengok sampai habis Buatlah cara ini untuk keselamatan #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #hikingtiktok #sesat #trackking #ilmuhutan #tenteradarat #sniper #kecemasan #survival
Sumber: TikTok @tuan_hutan