Siakap Keli
lelaki buta lihat warna
Kredit: TikTok

Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Seorang lelaki yang dilahirkan buta baru-baru ini memuat naik satu video di laman TikTok dan perkongsiannya pantas mencuri perhatian warga maya.

Dalam video berkenaan, lelaki berkenaan cuba berkongsi pendapat dan bagaimana dia cuba memahami gambaran warna-warna yang ada di dunia.

Menurut Tommy Edison (@tommyedison), dia membentuk perspektif tentang warna berdasarkan gambaran yang diberikan oleh orang lain.

Pada awalnya, Tommy memberitahu bahawa dia langsung tidak mempunyai apa-apa idea tentang warna kerana buta sejak lahir.

Oleh itu, Tommy merujuk warna kepada keadaan di sekeliling atau alam semula jadi yang dikaitkan dengan warna tersebut.

“Saya telah disahkan buta sejak lahir. Jadi, saya tidak pernah melihat warna langsung.

“Saya tidak memiliki sebarang konsep berkenaan apa yang dimaksudkan dengan warna,” ujarnya.

Dalam kebanyakkan masa, Tommy mengakui dia tidak memahami apabila seseorang menyebut sesuatu warna, misalnya warna merah.

“Tetapi saya tahu api berwarna merah, lampu isyarat merah bermaksud berhenti. Saya juga faham apabila orang menyebut frasa ‘you’re in red‘ yang maksudnya anda dalam kesusahan seperti masalah kewangan,” katanya lagi.

lelaki buta lihat warna
Kredit: Bernama

Ujarnya, dia hanya ‘melihat’ warna dengan cara mendengar penjelasan orang lain setiap hari.

Tetapi, sehingga sekarang dia tidak tahu bagaimana sebenarnya warna itu kelihatan pada mata.

Selain itu, Tommy turut memberikan pendapat berkenaan lagi satu warna asas iaitu warna biru.

Katanya, dia memahami warna biru adalah warna air laut dan warna langit. Selain itu, Tommy juga tahu ‘kesejukan’ dan ais selalu digambarkan dengan menggunakan warna biru.

lelaki buta lihat warna
Kredit: Bernama

Bagaimanapun, sekali lagi dia tidak tahu apakah sebenar warna biru tersebut. Namun, ia tidak menghalang Tommy daripada membentuk perspektif sendiri tentang warna.

“Bagaimana ais dan langit memiliki warna yang sama? Bagi saya, ia sangat pelik kerana untuk difahami. Jadi apa yang membezakan kedua-duanya?” katanya lagi.

Seterusnya, Tommy memberi komen berkenaan salah satu warna yang sering digunakan dalam industri sukan iaitu jingga.

Sebab tak pernah lihat warna, lelaki buta ini kongsi pendapat menarik berkenaan warna

Secara umumnya, jingga turut mesra dipanggil sebagai warna oren atau orange disebabkan warna tersebut mirip dengan warna kulit buah sitrus itu.

Sudah semestinya, Tommy diberitahu bahawa warna jingga adalah warna buah oren.

“Saya sering mendengar berkenaan warna jingga. Adakah sebiji oren betul-betul berwarna jingga? Jadi, oren ini buah atau warna?” katanya.

Bagi Tommy, warna adalah satu subjek atau topik yang sukar untuk dibayangkan.

Misalnya, dia diberitahu bahawa warna biru adalah warna air laut. Namun secara umumnya, air termasuk air laut tidak memiliki sebarang warna.

Justeru, dia merasa hairan dan sukar untuk menjelaskan perkara tersebut.

lelaki buta lihat warna
Kredit: Bernama

“Warna adalah satu perkara yang sukar. Bagaimana kalian yang celik dapat membezakan antara satu sama lain?”, katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa kereta sering menggunakan nama-nama warna yang pelik seperti warna indigo.

Nama-nama pelik tersebut berkemungkinan nama kod warna yang diberikan oleh syarikat pembuatan kereta. Ia bertujuan untuk membezakan variasi warna kereta serta menambah nilai estetik terhadap warna tersebut.

“Saya teringat suatu ketika dahulu, saya ingin membeli kereta dengan seseorang. Mereka bertanya, bagaimana dengan warna ‘Heather Mist’?

“Saya pun merasa hairan. Saya tidak pernah mendengar warna sedemikian,” ujarnya sambil tersenyum.

@tommyedison

Blind Person Describing Colors — Tommy, who’s been blind since birth, tries to describe the colors red, blue, and orange and compares them to objects that share the same colors. #visualart #colors #color #red #blue #orange #painting #coloring #drawing #illustration #art

♬ original sound – Tommy Edison

BACA: Roti Canai Malaysia ‘Mendunia’, Kini Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Sumber: @tommyedison via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma