Siakap Keli
bekas mampu meninggal dunia
Kredit: BERNAMA

Bekas KP MAMPU Mohd Nor Meninggal Dunia Di Hospital Ampang Puteri

Bekas KP MAMPU Mohd Nor Meninggal Dunia Di Hospital Ampang Puteri

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Bekas Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Dr Mohd Nor Abdul Ghani meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini pada 4.15 petang semalam.

Anak Allahyarham, Anuar Mohd Nor yang mengesahkan perkara itu berkata bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan ulser perut pada Selasa lepas.

“Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada 11.30 pagi tadi yang dihadiri saudara-mara dan rakan-rakan yang memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Mohd Nor, 86, pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha di Kementerian Penerangan dan Kementerian Pengangkutan masing-masing pada 1986 dan 1992.

Allahyarham turut menjadi Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) antara 1987 hingga 1990.

Sementara itu, media melaporkan seramai 20 pelajar Madrasah Al-Fattah terselamat selepas sempat melarikan diri apabila salah sebuah bangunan musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Batu 19 pada Ahad.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.33 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui, sekitar jam 1.33 pagi pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Imam Meninggal Dunia Terkena Serangan Jantung, Terkejut Jenazah Nak Dikebumikan Hidup Semula

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana