Siakap Keli
Dua Warga tikam wanita
Gambar: Bernama

Polis Tahan Dua Warga Asing Terlibat Kes Tikam Wanita

Polis Tahan Dua Warga Asing Dipercayai Terlibat Kes Tikam Wanita

JOHOR BAHRU  — Polis berjaya menahan dua orang warga asing dipercayai terlibat dalam kes tikam seorang wanita warga asing, 41, hingga maut di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Balveer Sing berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada orang awam berhubung kejadian sekitar jam 4.35 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku semalam jam lebih kurang 2.30 pagi di mana mangsa telah ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Balveer, bertindak atas maklumat tersebut, suspek berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat (IPD) Johor Bahru Utara pada jam lebih kurang 7.45 petang.

Kedua-dua suspek warga asing terbabit terdiri daripada seorang wanita, 41, dan seorang lelaki, 24.

BACA: Mayat Lelaki Tertiarap Dalam Longkang Ditemukan Di Nilai

Tangkapan dilakukan secara berasingan di rumah suspek dan di tempat pembuangan sampah di lokasi berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam. Turut dirampas adalah sebilah pisau.

“Siasatan yang dijalankan mendapati salah seorang suspek merupakan adik kepada mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minumum 30 tahun atau maksimum 4o tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Wing Chee Hoong di talian 016-6943836,” maklumnya lagi.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?