Siakap Keli
video tular Kemalangan polis
Gambar: Video Tular

Video Tular Kes Kemalangan, Polis Minta Orang Ramai Tampil Bantu Siasatan

Video Tular Kes Kemalangan Kereta & Motosikal, Polis Minta Orang Ramai Tampil Bantu Siasatan

GOMBAK — Tular sebuah video di media sosial pertengkaran dua lelaki yang dikatakan berlaku selepas kemalangan di KM22 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asistan Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal jenis BMW dan sebuah kereta jenis Honda City itu berlaku sekitar jam 12.20 pagi Selasa.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki warga tempatan berumur 35 tahun menunggang sebuah motosikal dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 23 tahun telah mengubah laluam dari lorong kanan ke lorong tengah secara tiba-tiba.

“Penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kedua-dua mereka telah berhenti di tepi jalan dan berlaku pertengkaran.

BACA: Empat Lelaki Tular Buat Aksi “Superman” Ditahan

Walau bagaimanapun, Noor Ariffin memaklumkan penunggang motosikal dan pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dan boleh berhubung dengan penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Sazila Binti Yusuf di talian 013-3083696 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 03-61262222,” katanya lagi.

Terdahulu, video yang memaparkan pertengkaran antara kedua-dua lelaki itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sumber: Polis  Daerah Gombak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?