Siakap Keli
Alif Satar Kemalangan Motosikal
Kredit: X

Alif Satar Terlibat Dalam Kemalangan Motosikal

Alif Satar Terlibat Dalam Kemalangan Motosikal

Penyanyi dan pengacara verstail, Alif Satar dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal pada petang tadi.

Berita mengejutkan itu telah dimaklumkan oleh rakan artisnya, Wak Doyok menerusi satu ciapan di laman X (@Wan_Doyok).

Menurut usahawan yang turut dikenali dengan nama sebenar, Mohd Azwan bin Md Nor (44), kejadian tersebut telah berlaku di depan matanya sendiri.

“Marilah kita doakan sahabat saya, Alif Satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan moto di depan saya. Alhamdullilah semua baik-baik,” katanya.

Dalam ciapan yang sama, beliau turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan keadaan Alif Satar di lokasi kejadian.

Berdasarkan hantaran tersebut, selebriti tersebut dipercayai sudah dibawa ke pusat perubatan untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Wak Doyok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma