Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Arab Saudi temui rizab emas
Kredit Saudi Gazette

Arab Saudi Temui Rizab Emas Besar Di Wilayah Mekah

Syed Faisal Sayed Muhammad

Arab Saudi Temui Rizab Emas Besar Di Wilayah Mekah

Arab Saudi semalam melaporkan penemuan sumber emas berpotensi besar untuk negara tersebut, lapor Saudi Gazette.

Penemuan emas itu dibuat di kawasan berdekatan Lombong Emas Masourah Massarah di daerah pentadbiran Al Khurmah, di wilayah Mekah.

Menurut Saudi Gazette, penemuan deposit emas itu dibuat oleh syarikat pengendali lombong emas itu, Maaden.

Maaden merupakan syarikat perlombongan terbesar di rantau negara-negara Teluk.

Syarikat itu berkata, penemuan tersebut menunjukkan potensi pengembangan aktiviti perlombongan emas di kawasan berkenaan.

Kata syarikat itu lagi, ini merupakan penemuan pertama yang dibuat di bawah program penerokaan meluas yang diusahakan Maaden sejak 2022.

Berdasarkan sampel yang diambil di kawasan penemuan emas tersebut menunjukkan kewujudan mendapan emas gred tinggi.

Arab Saudi temui rizab emas besar di wilayah Mekah

Analisis ke atas sampel hasil dua penggerudian secara rawak itu mengandungi sebanyak 10.4 gram per tan (g/t) emas dan 20.6 g/t emas .

Penemuan itu dibuat pada jarak 400 meter daripada kawasan perlombongan semasa di Mansourah Massarah.

Susulan penemuan tersebut, Maaden merancang untuk melaksanakan aktiviti penggerudian yang lebih agresif pada tahun 2024.

Mereka juga menyasarkan untuk membina pusat pengeluaran baru di kawasan penemuan berkenaan di masa akan datang.

Menurut Saudi Gazette, Maaden sebelum ini memperluaskan penyelidikan mereka di prospek Jabal al-Ghadara dan Bir al-Tawila.

Kawasan-kawasan berkenaan terletak dalam lingkungan 25 km utara Mansourah Massarah.

Hasil penyelidikan berterusan, Maaden menemui petunjuk positif kawasan sepanjang 125km yang berpotensi besar untuk menjadi lombong emas kelas dunia yang utama di negara Teluk itu.

PIF ada kepentingan besar dalam Maaden

Dalam pada itu, Saudi Gazette melaporkan bahawa Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi memiliki 67 peratus kepentingan dalam Maaden.

PIF merupakan sebuah dana kekayaan milik kerajaan Arab Saudi.

Manakala Lombong Emas Mansourah Massarah yang dikendalikan Maaden merupakan lombong emas terbaru, terbesar, dan paling canggih dari sudut teknologi di Arab Saudi.

Lombong emas itu mengeluarkan kira-kira 11,982.84 ons emas pada tahun 2022.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Saudi Gazette