Banjir: Ayam, Itik Terselamat Dalam Reban Terapung
Ketika musim banjir, antara makhluk yang agak sukar diselamatkan adalah haiwan peliharaan atau ternakan. Haiwan seperti kucing, ayam, lembu selalunya akan hanyut dibawa arus deras.
Tetapi apa yang dibuat oleh seorang warga emas, Cari Luman, yang membina reban terapung berjaya menyelamatkan 12 ekor ayam dan dua ekor itik ternakannya.
Beliau yang menetap di Kampung Delong, Dungun Terengganu menjadi mangsa banjir apabila kawasan kampungnya ditenggelami air. Namun, 14 ekor haiwan ternakan beliay terselamat dalam reban terapung rekaannya itu.
Jika mengenang semula, tahun lepas tular rumah terapung yang dibina Bakar Che Ahmad atau Pokwe berusia 68 tahun. Rumahnya di Kampung Terbak, Kemaman terselamat dari banjir apabila berjaya terapung seperti rumah rakit.
Ayam oh ayam šš£
Cari Luman, 63, bina reban terapung dengan mengunakan 8 biji tong air untuk meletakkan 12 ekor ayam dan dua ekor itik.
Inisiatif tersebut menyelamatkan haiwan ternakannya sepanjang banjir melanda di Kampung Delong, Dungun.
Video: Nazirul Roselan pic.twitter.com/W0fjMpLRpv
— BERNAMA TV š²š¾ (@BernamaTV) December 29, 2023
Jika mengenang semula, tahun lepas tular rumah terapung yang dibina Bakar Che Ahmad atau Pokwe berusia 68 tahun. Rumahnya di Kampung Terbak, Kemaman terselamat dari banjir apabila berjaya terapung seperti rumah rakit.
Mungkin inovasi seperti ini boleh diguna pakai di kawasan-kawasan yang sesuai dan kerap dilanda banjir bagi mengurangkan kos kerugian pasca banjir.
Menurut NADMA, Jumlah mangsa banjir di empat negeri tidak banyak berubah pada pagi iniĀ yang menyaksikanĀ penurunan kepada 23,008 orangĀ berbandingĀ 23,011 mangsaĀ tengah malam tadi, yang ditempatkan di 103Ā pusat pemindahan sementara (PPS).
Sumber: Bernama