Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ayam Brand™ membawa Ayam Carik ke satu tahap baharu dengan menunjukkan bagaimana perisa yang digemari bersama dengan sedikit kreativiti boleh mengubah hidangan harian menjadi lebih menarik. Selama ini dikenali sebagai pilihan mudah untuk sandwic dan wrap, Ayam Carik Ayam Brand™ kini tampil dengan lebih banyak cara untuk dinikmati, daripada hidangan ringkas hinggalah sajian yang lebih kreatif.
Inilah semangat di sebalik Makan Lain Macam yang meraikan budaya makanan masyarakat Malaysia dan cara rakyat Malaysia mengolah hidangan harian mengikut cita rasa masing-masing. Kerana dengan sedikit kreativiti, hidangan senang dan biasa pun boleh jadi lebih istimewa.
Ayam Carik Ayam Brand™ kini hadir dalam lima pilihan perisa, termasuk tiga perisa baharu iaitu Sos Teriyaki, Lada Hitam dan Sos Gochujang Korea Pedas. Ketiga-tiga perisa ini melengkapkan dua pilihan perisa yang sedia ada, Mayones dan Cili Pedas, yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Setiap perisa baharu hadir dengan keunikan tersendiri serta inspirasi resipi yang berbeza, memberikan rakyat Malaysia lebih banyak pilihan untuk menikmati Ayam Carik dan mencipta hidangan yang lebih menarik.

Ayam Carik sering dinikmati bersama roti dan wrap. Namun, melalui konsep Makan Lain Macam, Ayam Brand™ ingin menunjukkan bahawa Ayam Carik mampu menjadi bahan utama dalam pelbagai hidangan yang dekat di hati rakyat Malaysia. Daripada pasta, salad, bekal tengah hari, serta hidangan ringkas untuk seisi keluarga, Ayam carik menawarkan lebih banyak variasi di dapur.
Lebih menarik lagi, Ayam Carik Ayam Brand™ juga mudah dipadankan dengan rangkaian produk Ayam Brand™ yang lain seperti Kacang Panggang, Kacang Kuda dan Stew Kacang Campur, membuktikan bahawa hidangan yang lazat dan mengenyangkan tidak semestinya rumit untuk disediakan.
• Donburi Ayam Carik Sos Teriyaki
Hidangan nasi ala Jepun yang boleh disediakan dalam hanya beberapa minit. Ringkas, mengenyangkan dan penuh dengan rasa yang menyenangkan.

• Stew Ayam Carik Lada Hitam
Kaya dengan rasa lada hitam yang menyelerakan, sesuai dinikmati bersama nasi atau dipadankan dengan produk pantri Ayam Brand™ kegemaran anda.
• Bibimbap Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas
Hidangan ala Korea yang pedas dan menyelerakan, sesuai untuk memberi kelainan kepada makan malam harian anda.

Dihasilkan menggunakan isi ayam yang lembut dan disiat halus, Ayam Carik Ayam Brand™ memudahkan penyediaan hidangan yang berkhasiat tanpa menjejaskan rasa.
Ia merupakan pilihan praktikal untuk pelajar, ibu bapa yang sibuk mahupun sesiapa sahaja yang inginkan hidangan yang cepat, mengenyangkan dan memuaskan. Apa jua hidangan yang ingin disediakan, pasti ada perisa yang sesuai dengan selera dan citarasa anda.
Seperti semua produk Ayam Brand™, Ayam Carik Ayam Brand™ juga tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Kesegaran dan kualitinya dikekalkan secara semula jadi menerusi proses pensterilan retort, memastikan setiap tin selamat, tahan lama dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Hanya ramuan berkualiti yang boleh anda nikmati dengan penuh keyakinan.
"Melalui perisa-perisa baharu ini, kami berharap dapat mencetuskan lebih banyak idea kreatif di dapur dan menunjukkan bahawa satu tin Ayam Carik mampu diolah menjadi pelbagai hidangan yang jauh melangkaui jangkaan. Tidak kira apa jua selera anda atau hidangan yang ingin disediakan, kami berharap Ayam Carik Ayam Brand™ menjadi ramuan yang menjadikan setiap sajian lebih carik menarik," kata Teoh Wei Ling, Pengarah Pemasaran Ayam Brand™.

Sudah bersedia untuk menemui perisa Ayam Carik pilihan anda? Dapatkan Ayam Carik Ayam Brand™ dalam perisa baharu Sos Teriyaki, Lada Hitam dan Sos Gochujang Korea Pedas di pasar raya berhampiran atau beli secara dalam talian melalui Kedai Rasmi Ayam Brand™ di Shopee dan Lazada.
Untuk mendapatkan lebih banyak resipi dan perkembangan terkini, layari www.ayambrand.com.my atau ikuti @ayambrandmy di Instagram serta Ayam Brand™ Malaysia di Facebook.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan