Siakap Keli
kapasiti stadium kosong

Kapasiti Terlalu Besar Punca Stadium Nampak Kosong?

Kapasiti Sampai 40,000 Tapi Stadium Kosong

Semalam, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu komentar di laman sosial menyatakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) tak selalu dipenuhi penyokong JDT walaupun harga tiket hanya RM10.

SK tertarik untuk mengulas sedikit isu kehadiran penyokong ke stadium dalam kempen Liga Malaysia. Ada sesetengah pihak berpendapat, stadium tak penuh sebab pasukan tak tunjukkan prestasi terbaik. Tapi TMJ sendiri dah bersuara SSI pun tak selalu penuh walaupun JDT sangat kebal dari kalah setiap musim.

Untuk musim ini sahaja, JDT tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam aksi Liga Super. Hanya mencatatkan satu keputusan seri dalam 26 perlawanan. Dengan prestasi sebegitu, sepatutnya SSI wajib full house setiap perlawanan jika prestasi pasukan jadi kayu ukur kehadiran penyokong ke stadium.

Dalam artikel ini SK mengulas satu faktor utama yang mungkin stadium nampak kosong. Ini hanyalah pendapat SK berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh dari sumber yang diyakini.

Kapasiti Stadium

Kalau korang perasan, stadium-stadium negeri yang digunakan oleh kelab-kelab Liga Malaysia memiliki kapasiti lebih dari 30,000 penonton. Ambil contoh jiran kita liga Thailand, kapasiti stadium hanya 25,000 dan ke bawah untuk kelab-kelab liga utama.

Transfermarkt ada mengeluarkan data purata kehadiran penonton ke stadium untuk Liga Malaysia 2023. Sudah tentu di tangga teratas adalah JDT dengan purata 17,623 kehadiran penonton. Diikuti Sabah FC dengan purata 9,867 dan tempat ketiga pasukan Kedah FC dengan 8,653.

Kapasiti SSI boleh memuatkan 40,000 penonton dalam satu masa. Manakala Stadium Likas berkapasiti 35,000 penonton dan Stadium Darul Aman (SDA) boleh memuatkan 32,387 penonton.

kapasiti stadium kosong

Walaupun jumlah penyokong JDT turun ke stadium mencapai lebih 200,000 orang, namun secara purata untuk tahun 2023 tidak mencapai walaupun 50 peratus dari kapasiti SSI.

Begitu juga dengan Stadium Likas. Dengan kapasiti 35,000 penonton tapi secara purata sepanjang 2023 hanya 9,867 penonton sahaja yang hadir. Hanya 28 peratus dari kapasiti penuh Stadium Likas. Untuk KDA FC pula, dari jumlah purata kehadiran penyokong sepanjang 2023, hanya 26 peratus dari kapasiti penuh SDA.

Hanya Stadium Kecil

Jelas membuktikan, pasukan-pasukan Liga Malaysia tidak perlukan sebuah stadium yang besar. Hanya stadium dengan kapasiti 15,000 ke 20,000 sahaja sudah memadai. Apa guna stadium yang besar tapi tidak diisi sepenuhnya.

Pasukan yang tidak memiliki stadium sendiri perlu membayar sewa kepada pemilik stadium. Duit sewa itu pula sudah tentu serba sedikit datangnya dari penjualan tiket. Jika tiket kurang terjual, sudah tentu bakal memberi kesan kepada kewangan kelab. Perlu bayar kadar sewa yang sama tapi kutipannya kurang di setiap perlawanan.

Pasukan gergasi seperti Selangor FC pun hanya mencatatkan 7,975 purata kehadiran penyokong ke stadium untuk tahun 2023. Mujurlah, Stadium MBPJ hanya berkapasiti 25,000 penonton sahaja. Jika dikira, ditambah, ditolak dan dibahagi secara purata sepanjang tahun 2023, hanya 5,423 kehadiran penyokong ke stadium.

kapasiti stadium kosong

Jika ada mana-mana kelab bercita-cita membina stadium sendiri, ambil data ini sebagai panduan untuk tidak membazir duit membina stadium yang besar dan sukar untuk diselenggara. Lebih baik duit itu dibelanjakan untuk kualiti rumput padang yang berkelas dunia dan fasiliti stadium kelas A. Tak guna stadium yang besar tapi tandas pun tiada pintu, surau pun macam bilik setor.

Renungkanlah…

BACA: JDT Pasukan Underdog – TMJ

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)