Siakap Keli
181 hari Kempen #GengSubuhMacamJumaat Full House
Kredit: Facebook

#GengSubuhMacamJumaat Hari 181 Hampir “Full House”

#GengSubuhMacamJumaat Hari 181 Hampir “Full House”

Kempen #GengSubuhMacamJumaat terus mendapat sambutan memberansangkan biarpun sudah memasuki hari ke-181 sejak dilancarkan.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Yaakub Yusra dalam hantaran di akaun Faceboknya baru-baru ini.

“181 hari kempen #GengSubuhMacamJumaat almost full house!,” tulisnya dengan nada teruja dalam satu kenyataan di Facebook.

Lebih bermakna, Ustza Yaakub memberitahu bahawa ada dalam kalangan jemaah turut membawa ahli keluarga masing-masing menyertai program tersebut.

Oleh itu, katanya waktu Subuh sesuai untuk dipilih sebagai family time, untuk beribadah dan berkumpul bersama-sama.

“Masa ini dijadikan sebagai pillow talk khas sekeluarga, tanya perkembangan sekolah, hal rumah tangga, tempat kerja, benda-benda ni sangat penting sebagai sistem sokongan dalam keluarga,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Ustaz Yaakub Yusra turut menyeru orang ramai untuk supaya menjadikan Subuh berjemaah di masjid sebagai amalan berterusan.

“Ramadan berbaki 71 hari sahaja lagi, kena usaha lebih sikit untuk pastikan masjid full house menjelang Ramadan,” ujar beliau.

Ustaz Yaakub Yusra seru orang ramai imarahkan kempen #GengSubuhMacamJumaat pada 1 Januari ini

Pada hujung hantaran itu, beliau turut mempromosikan satu lagi acara yang bernaung di bawah kempen #GengSubuhMacamJumaat pada 1 Januari ini.

Acara tersebut bakal diadakan di Masjid Umar Al Khattab berdekatan Bukit Damansara, Kuala Lumpur bermula 5.45 pagi.

Selain itu, acara tersebut turut menampilkan tulang belakang bagi kempen ini iaitu ‘Alif Satar & The Geng’ serta menampilkan beberapa acara menarik selepas solat subuh berjemaah.

Dalam laporan Siakap Keli sebelum ini, acara tersebut bakal disusuli dengan kuliah khas Subuh pada jam 6.30 pagi diikuti dengan Fun Run 5KM bermula jam 7.00 pagi.

“On tak on? Tak mahu sembang kari, kita usahakan sampai jadi ya!”

Untuk makluman, program ini terbuka kepada semua lapisan umur dan orang ramai digalakkan untuk hadir memenuhi masjid.

Para peserta juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah-hadiah yang menarik daripada pihak penganjur.

Maklumat lanjut berkenaan majlis tersebut boleh didapati melalui pautan dibawah:

1. Sahkan kehadiran kalian menerusi pautan ini: https://ezy.la/gsmj-funrun

2. Sertai kumpulan di Telegram #GengSubuhMacamJumaat menerusi pautan ini: https://t.me/+BLOysgQECTg1Mjg1

BACA: Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

Sumber: Mohammad Yaakub Yusra via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma