Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Fikri Akram via TikTok

Makan Pakai Tangan, Masak Lauk Sedap Untuk ‘Melayukan’ Rakan Sekerja Korea

Nurul Alya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Makan Pakai Tangan, Masak Lauk Sedap Untuk ‘Melayukan’ Rakan Sekerja Korea

Di Malaysia, memang tidak hairanlah apabila anda lihat seseorang itu makan menggunakan tangan. Sudah menjadi satu kebiasaan untuk warganegara Malaysia memakan nasi dengan tangan. Kadang-kadang, di kedai makan pun akan ada mereka yang makan pakai tangan.

Kata orang, lebih nikmat bila dapat makan pakai tangan, kan? Haa, macam mana pula dengan mereka yang tidak biasa makan menggunakan tangan? Lebih-lebih lagi mereka yang bukan orang Malaysia? Mungkin mereka akan rasa kekok apabila perlu makan pakai tangan, kan?

Tetapi, terdapat sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok oleh Fikri Akram, yang menujukkan rakan-rakan sekerjanya makan menggunakan tangan dan mereka kelihatan tidak kekok apabila melakukannya.

Video yang sudah mencecah 168.7k likes itu telah menarik perhatian orang ramai, terutama sekali warganegara Malaysia. Menerusi video itu, kelihatan Fikri Akram yang pergi ke kedai untuk membeli bahan-bahan masakan yang diperlukan.

Dia kemudiannya memasakkan lauk udang masak lemak dan juga ayam goreng. Makanan yang dimasak itu lalu dibawa ke tempat kerja untuk dikongsikan kepada rakan sekerjanya. Selain daripada hidangan yang dimasak, dia turut membawa sambal dari Malaysia sebagai hidangan tambahan.

Dalam video yang dikongsi olehnya itu, kelihatan riak muka teruja daripada rakan-rakan sekerjanya itu. Semuanya tersenyum apabila video mereka diambil.

Makan Pakai Tangan

Apabila lauk dan nasi sudah diambil, tibalah masanya untuk mereka menjamu selera. Tetapi, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan chospsticks, sudu dan juga garpu. Namun, dalam video itu, kelihatan mereka semua selesa makan pakai tangan.

Gaya mereka makan menggunakan tangan tidak kelihatan terlalu kekok mahupun teragak-agak. Masing-masing menikmati hidangan yang telah dimasak oleh Fikri Akram itu. Siap ada yang tambah tau!

Itulah penangan masakan Melayu yang dimasak olehnya, serta menjamu selera menggunakan tangan. Memang terasa nikmat sangat apabila makan nasi dengan lauk yang sedap dan makan menggunakan tangan. Macam rasa sedap itu berganda pula!

Di pengakhiran video miliknya itu, rakan-rakan sekerja mengucapkan terima kasih atas hidangan yang telah dimasak dan memberitahu bahawa lauk-lauk yang dimasak amat sedap!

Sumber: Fikri Akram via TikTok

BACA JUGA: Selalu Tumbuh Di Kawasan Semak, Inilah Khasiat Belimbing Tanah