Siakap Keli
Gambar via Abang Salai

Selalu Tumbuh Di Kawasan Semak, Inilah Khasiat Belimbing Tanah

Selalu Tumbuh Di Kawasan Semak, Inilah Khasiat Belimbing Tanah!

Kebanyakan orang ramai yang mengenali buah belimbing. Ia antara buah yang digemari untuk dimakan. Lagi-lagi kalau ada kuah untuk dicicah bersama.

Biasanya buah belimbing ni ada pokok dia, kan? Tapi, anda tahu tak ada belimbing yang tumbuh di kawasan semak samun? Tak percaya? Haa, kalau nak tahu, belimbing ini dikenali sebagai belimbing tanah dan ia juga dikenali sebagai sejenis herba.

Antara anda semua, pasti ada yang tidak tahu mengenai belimbing tanah ini kan? Mana tidaknya, ia tumbuh di kawasan semak samun. Untuk mereka yang tidak tahu itu, mereka mungkin telah membuang belimbing tersebut kerana menganggap ia hanyalah semak samun.

Belimbing tanah ini ada khasiatnya yang tersendiri tau. Sebuah perkongsian oleh Abang Salai di laman Facebook telah memberikan penjelasan mengenai belimbing tanah dan khasiatnya itu.

Menurut Abang Salai, herba ini dipanggil sebagai belimbing tanah kerana ia menyerupai buah belimbing. Buahnya amat kecil tetapi anda boleh nampak bentuknya yang bersegi sama seperti buah belimbing yang besar.

“Rasanya pun sedap, masam. Kalau besar mahu mencicah rasanya,” kata Abang Salai.

Tambahnya lagi dengan sedikit berseloroh, “Khasiat dia? kurangkan tekanan darah high ataupun kencing sweet.

Maksudnya, herba belimbing tanah ini boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga kencing manis. Selain itu, ia juga bagus untuk menguatkan tenada dan juga merupakan antioksidan.

Cara Mendapatkan Khasiatnya

Kata Abang Salai, kita boleh mendapatkan khasiatnya dengan mencabut atau mengeluarkan pokok belimbing tanah itu daripada tanah dan bersihkannya.

“Basuh bersih-bersih, jemur kering pun boleh. Boleh pakai lama. Ataupun terus nak rebus pun boleh,” katanya.

Katanya lagi, rebus daripada akar, batang, daun dan buah kemudian minum air rebusan mengikut 3:1. Maksud 3:1 ialah rebus tiga cawan air sehingga tinggal sedikit air saja yang bersamaan dengan satu cawan.

Baki air yang secawan itulah yang perlu diminum oleh anda untuk mendapatkan khasiat buah itu. Sebelum anda minum air itu, pastikan anda tapiskannya dulu.

Untuk mengamalkannya, Abang Salah menasihatkan supaya orang ramai mengamalkannya seminggu sekali ataupun sebulan tiga kali.

Sumber: Abang Salai via Facebook

BACA JUGA: Kebaikan Peluk Orang Tersayang, Ada Banyak Kebaikannya Tau!

Nurul Alya