Siakap Keli
Gambar via Wikipedia

Kebaikan Peluk Orang Tersayang, Ada Banyak Kebaikannya Tau!

Kebaikan Peluk Orang Tersayang, Ada Banyak Kebaikannya Tau!

Setiap kali anda sedih dan menangis, anda mesti rasa nak peluk seseorang kan? Kalau ada kawan baik anda, anda mungkin akan memeluk mereka. Kalau anda bersama dengan ahli keluarga, anda mungkin akan memeluk mereka.

Sekiranya anda rasa gembira, anda juga akan memeluk orang tersayang anda. Begitu jugalah jika anda pertama kali bertemu dengan rakan online anda ataupun berjumpa dengan rakan atau keluarga yang sudah lama anda tidak berjumpa.

Kebanyakan orang akan berpelukan untuk menunjukkan rasa sedih, gembira, rindu, sayang dan sebagainya. Apabila anda sedih dan memeluk seseorang, anda akan rasa lega. Ia seperti anda diberi kekuatan yang baru melalui pelukan itu.

Sebenarnya, berpeluk ini ada kebaikannya ke? Kalau nak tahu, ikuti perkongsian ini!

Meningkatkan Hormon Yang Baik

Menurut sebuah kajian, apabila anda memeluk seseorang, anda akan rasa lebih gembira kerana ia mengurangkan rasa sunyi dan kesan stress yang memudaratkan secara fizikal.

Ia juga dapat mengubah mood negatif dengan membantu tubuh badan dan otak anda dengan meningkatkan hormon-hormon yang boleh membuatkan anda rasa gembira.

Berpelukan dapat meningkatkan hormon dopamine yang merupakan hormon yang memberikan kegembiraan untuk seseorang itu rasa gembira.

Ia juga meningkatkan hormon serotonin yang merupakan hormon anti-depressant yang meningkatkan mood anda, mengawal rasa gelisah dan mengurangkan rasa sunyi.

Seterusnya, ia dapat meningatkan oxytocin iaitu hormon yang melegakan rasa tertekan dan meningkatkan kesihatan jantung.

Ia juga membantu dalam penurunan berat badan, menurunkan tekanan darah, melawan penyakit, meningkatkan libido, mengurangkan stress dan memberikan anda rasa selamat.

Kalau anda nak tahu, berpelukan selama 10 saat dapat membantu tubuh badan anda untuk melawan jangkitan penyakit, mengurangkan kemurungan dan mengurangkan rasa penat.

Berpelukan selama 20 saat pula membantu untuk mengurangkan kesan stress yang memudaratkan, mengurangkan tekanan darah dan memastikan kesihatan jantung anda.

Lebih lama anda memeluk seseorang itu, lebih banyak kebaikan yang anda dapat. Kerana ia dapat mengurangkan tekanan darah anda, mengurangkan cortisol, meningkatkan penyembuhan, mengurangkan mengidam sesuatu dan memberikan imuniti yang lebih baik.

Selain itu, apabila anda memeluk bayi yang baru lahir, anda dapat meningkatkan berat badan serta membantu dalam pertumbuhan secara keseluruhan bayi itu.

Kebaikan Berpelukan

Selain daripada meningkatkan hormon yang membantu anda untuk rasa gembira, perlukan juga dapat memberikan kebaikan yang lain kepada anda.

Ia dapat memupuk kepercayaan dan rasa selamat antara anda dan seseorang. Ia membantu dalam komunikasi yang terbuka dan jujur. Disebabkan berpelukan dapat meningkatkan hormon oxytocin ia membantu dalam memulihkan perasaan negatif seperti kesunyian, rasa terasing dan juga kemarahan.

Seperti yang dinyatakan, pelukan dapat menguatkan sistem imun anda. Tekanan yang lembut pada sternum dan emotional charge dapat merangsangkan kelenjar timus yang mengawal dan mengimbangi pengeluaran sel darah putih dalam badan. Sel darah putih membantu untuk memastikan seseorang itu sihat dan bebas daripada penyakit.

Selain itu, ia dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Sentuhan yang berlaku ketika anda berpelukan bukan saja dapat membuatkan anda rasa disayangi dan rasa selamat, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri anda.

Semua pelukan yang diterima daripada ahli keluarga, rakan atau insan yang tersayang dapat menjadikan anda lebih yakin dan gembira kerana ia telah membantu anda untuk menyanyangi diri anda.

Seterusnya, pelukan dapat membantu anda untuk merehatkan otot anda dengan melepaskan ketegangan yang dirasai oleh badan anda. Ia juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan meningkatkan peredaran ke dalam tisu-tisu lembut.

Berpelukan juga mengurangkan tekanan darah. Apabila anda memeluk atau duduk berdekatan dengan seseorang yang anda sayangi, badan anda akan mengeluarkan oxytocin yang dikenali oleh para saintis sebagai cuddle hormone.  Hormon ini membantu untuk mengurangkan kegelisahan anda dan sekeligus ia menurunkan tekanan darah anda.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa sentuhan fizikal seperti pelukan antara seorang ibu dengan bayi yang baru lahir memberikan kebaikan secara fizikal dan psikologi yang penting untuk kanak-kanak.

Antara kebaikannya terhadap kanak-kanak adalah, mengurangkan tangisan mereka, mereka dapat tidur dengan lebih baik, mengurangkan rasa gelisah, meningkatkan empati dan banyak lagi.

Parasympathetic Dan Sympathetic 

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua sistem saraf yang digunakan oleh badan anda untuk setiap hari. Sistem saraf itu adalah sistem saraf parasympathetic dan sympathetic.

Sistem saraf sympathetic akan diaktifkan sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ataupun anda rasa seperti terdapat ancaman di sekitar anda.

Oleh itu, anda juga perlukan sistem saraf parasympathetic yang bertanggungjawab untuk merehat, merawat dan juga mencerna makanan.

Apabila anda berpelukan, ia akan mengaktifkan bahagian otak yang mengawal sistem saraf parasympathetic itu. Sistem yang aktif itu akan membantu anda untuk memulihkan tenaga dan ‘memperbaiki’ tubuh badan anda.

Sistem saraf parasympathetic yang meningkatkan perasaan kasih sayang, rasa belas kasihan dan rasa bersyukur yang disertakan dengan oxytocin dan serotonin yang dilepaskan dalam otak anda ketika anda berpelukan, dapat membuatkan anda rasa gembira, relax dan tenang.

Sumber: MedicineNet

BACA JUGA: 26 Disember, Mengenang Kembali Tragedi Tsunami Acheh 2004

Nurul Alya