Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Jepun
Hari pertama tahun 2024 menyaksikan berlakunya bencana gempa bumi di Jepun yang dilaporkan berkekuatan 7.5 magnitud.
Susulan itu juga, amaran tsunami telah dikeluarkan di wilayah Ishikawa dan memaksa penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Memetik NHK, pegawai Bandar Suzu di Wilayah Ishikawa berkata beberapa buah rumah dan tiang elektrik roboh berikutan gempa bumi itu.
Sementara itu, seorang pengawal di pejabat di bandar Wajima, Ishikawa berkata semua rak di pejabat runtuh.
Manakala, beberapa video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial menyaksikan detik-detik ketika gempa tersebut.
Menerusi salah satu video CCTV yang dikeluarkan oleh NHK dapat dilihat beberapa bangunan di kawasan perumahan penduduk runtuh menyembah bumi ketika kejadian itu.
NHK中継、家が倒壊した瞬間写ってた・・・ pic.twitter.com/kGEcsBVbfX
— さたけ❎🧊4代目 (@sataketaken) January 1, 2024
Situasi panik jugak dapat dilihat di dalam tren kereta api dan kawasan parkir kereta yang memperlihatkan berlakunya gegaran yang sangat kuat.
やばかった地震🫨 pic.twitter.com/MqDmH2uSIk
— ♧=こはね=♧@メメントモリW34🍄 (@2BB98NfJwDre0Di) January 1, 2024
現地の新幹線の中です。震度6かな?とりあえず駅が崩れるかと思いました。死なないように頑張ります #緊急地震速報 #津波 #新潟 pic.twitter.com/mlxxQrvaks
— Ki1a7 | きら🍀︎🧸♔🐻❄️🏖 (@AliceKi1a7) January 1, 2024
Dalam satu lagi video lain, beberapa rumah kayu dilihat runtuh, dengan dinding dan bumbung juga tercabut.
“Ini adalah daerah Matsunami di Noto. Kami berada dalam keadaan yang mengerikan. Sila datang dan bantu kami. Pekan saya berada dalam keadaan yang mengerikan,” kata seseorang dalam video tersebut.
Gempa juga telah menyebabkan beberapa jalan musnah dan sekitar 33, 500 penduduk terputus bekalan elektrik.
Terdahulu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii memberi amaran bahawa ombak tsunami berbahaya mungkin berlaku dalam jarak 300 kilometer (190 batu) dari pusat gempa di sepanjang pantai Jepun.
Manakala, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata tsunami yang lebih tinggi iaitu setinggi lima meter dijangka akan melanda Noto, di wilayah yang sama.
Menurut JMA, Noto yang terletak di sebelah Laut Jepun di pulau utama Honshu mengalami gegaran susulan bermula dengan gegaran 5.7 magnitud pada 4.06 petang waktu tempatan.
Di samping itu, Pulau Sakhalin dan Vladivostok di timur Rusia juga berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan risiko tsunami selepas gempa bumi itu.
BACA: Gempa Bumi 7.5 Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Sumber: NHK, AFP, X