Siakap Keli
enam terkorban gempa
Kredit: AFP

Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Sekurang-kurangya enam dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat di bahagian tengah Jepun semalam, lapor AFP.

Kemas kini berkenaan insiden terbabit telah dimaklumkan sehari selepas gegaran dengan kekuatan 7.5 magnitud melanda kawasan berkenaan sehingga mencetuskan ombak tsunami dengan ketinggian kira-kira lebih satu (1) meter.

Seorang pegawai polis dari Wilayah Ishikawa telah memaklumkan kepada AFP berkenaan penemuan dua lagi jasad mangsa gempa itu.

Difahamkan, satu jasad telah ditemui di bandar Nanao, manakala satu lagi jasad mangsa ditemui di bandar Shika

Penemuan kedua-dua jasad ini disahkan susulan insiden gempa bumi yang melanda pulau utama Honshu.

Terdahulu, agensi berita Kyodo melaporkan, pihak berkuasa di Ishikawa telah mengesahkan empat kematian pada awal pagi, hari ini.

Gempa bumi melanda ketika rakyat Jepun sedang menyambut Tahun Baharu

Menurut  Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud telah melanda wilayah Ishikawa yang terletak pada bahagian pulau utama Honshu kira-kira 4.10 petang, semalam.

Manakala, rakyat Jepun pada masa itu sedang menyambut Tahun Baharu dengan berkumpul sesama ahli keluarga dan melawat kuil-kuil di sana.

Rancangan televisyen biasa pula dilaporkan telah tergendala dan memaparkan mesej daripada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Dalam siaran khas itu, Kishida telah menggesa orang ramai untuk berpindah daripada lokasi berisiko ke tempat yang lebih tinggi.

“Kami sedar bahawa rumah, barangan kepunyaan anda semua bernilai, tetapi nyawa paling penting jika dibandingkan dengan segala-galanya!”

“Selamatkan diri ke tempat lebih tinggi,” seorang penyampai berita di saluran NHK memberitahu orang ramai dengan nada tegas.

Dalam pada itu, ombak dengan ketinggian 1.2 meter telah melanda sebuah pelabuhan di Wajima dan beberapa siri tsunami kecil turut dilaporkan di beberapa lokasi.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan berkata bahawa mereka kini sedang menilai tahap kerosakan daripada insiden gegaran tersebut.

Gegaran tersebut turut memberi kesan terhadap beberapa apartmen di Tokyo, yang mana berada kira-kira 300 kilometer daripada kawasan gempa.

Menurut agensi pengurusan api dan bencana, dalam lingkungan 10,000 penduduk diarahkan berpindah. Manakala, kira-kira 1,000 penduduk telah menetap di markas tentera, kata Kementerian Pertahanan.

BACA: Gempa Bumi 7.5 Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Sumber: AFP 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma