Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Khairul Aming Kongsi Tip Elak Bahan Masakan Dirampas Kastam Di ‘Airport’
Kalau cakap pasal melancong, secara automatik fikiran dipenuhi dengan imaginasi yang memaparkan peristiwa yang gembira dan seronok bakal berlaku.
Maklumlah, pertama kali melawat di negara orang semestinya akan merancang tentatif dan pakaian yang sesuai untuk meneroka tempat-tempat menarik.
Meskipun berada di luar negara, pasti tidak boleh lupa untuk membawa sedikit bahan masakan untuk masak hidangan yang sering dimakan ketika berada di Malaysia.
Bagaimanapun hasrat untuk memasak masakan Melayu di negara orang akhirnya terkubur kerana bahan-bahan itu dirampas ketika berada di lapangan terbang.
Tapi korang nak tahu tak, sebenarnya ada tips untuk lepas dari pemeriksaan kastam sekiranya bawa bahan-bahan masakan terutamanya negara-negara yang mempunyai sistem kawalan yang ketat.
BACA: Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Palestin
Tips tersebut dikongsi oleh pempengaruh Khairul Aming, di mana dia membuat senarai bahan-bahan masakan ketika melancong ke New Zealand baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut dia berkata ketika berada di lapangan terbang semua bahan masakan yang dibawa lepas daripada pemeriksaan kastam.

Jelasnya, tiada satu bahan yang telah dirampas kerana ia telah disenaraikan dalam kertas yang memaparkan gambar bahan, nama produk, jenama, bahan-bahan dan kuantiti barang.
“Barang-barang makanan yang saya bawa daripada Malaysia semua lepas tidak kena buang atau rampas.
“Benda (senarai barang) ini sangat membantu, saya nampak di Facebook orang buat, jadi saya ikut benda yang sama, ambil gambar di Google tulis nama produk, jenama, bahan-bahan dan juga kuantiti,” jelasnya,
Perkara itu bukan sahaja memudahkan kita ketika berada di lapangan terbang namun ia juga memudahkan urusan pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan.
Masa juga dapat dijimatkan dan kita tidak perlu menggeledah bungkusan yang telah diletakkan dalam bagasi.
Menurut Khairul Aming yang terkenal dengan slogan, hey wassup guys berkata pegawai kastam di lapangan terbang itu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membuat senarai tersebut.
“Imigresen dengan pegawai kastam sangat gembira. Mereka ucapkan terima kasih kena buat senarai itu memudahkan kerja.
“Jadi, tiada satu pun kena rampas, alhamdulillah,” ujarnya.
Sumber: @khairulaming/Instagram