Siakap Keli
Khairul aming palestin
Gambar: TikTok @Khairulaming

Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Palestin

Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Palestin

Terkenal dengan slogan ‘Hey, wassup guys,’ pempengaruh terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa sebanyak RM 100,000 keuntungan jualan Sambal Nyet telah disalurkan ke tabung bantuan Palestin.

Beliau dalam satu perkongsian di platform X memberitahu perkara tersebut.

“Hari ni kita salurkan RM100,000 daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana.

“Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni,” katanya.

Rata-rata netizen memuji tindakan pengasas Sambal Nyet itu dan mendoakannya sentiasa dimurahkan rezeki.

Sebelum ini, pempengaruh itu juga pernah melalukan hal yang sama pada 2021 dengan mendermakan sebanyak RM10,000.

“RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin

“Diharapkan sedikit sebanyak (sumbangan itu) boleh meringankan beban saudara di sana,” tulisnya di akaun X.

Menerusi bebenang itu juga, Khairul turut memuat naik foto resit sumbangan berjumlah RM10,000 itu sebagai bukti sumbangan beliau.

BACA : Selalu Kongsi Resipi, Kali Ini Khairul Aming Buat “Review” iPhone 15 Pro

Sambal Nyet terus mendapat perhatian ramai sejak pertama kali ia diperkenalkan dua tahun lalu.

Malah, jualan keseluruhannya juga sudah melebihi RM30 juta.

Pada bulan lalu, Khairul Aming juga memaklumkan bahawa pengeluaran sambal itu telah dinaikkan ke 7,000 botol sehari. Dalam masa yang sama, jualan juga telah dikembangkan ke live commerce.

Justeru, tidak hairan jika kini kita sering melihat beliau giat mempromosikan sambal itu di live TikTok.

BACA JUGA: 2.4 Juta Unit Sambal Nyet Terjual, Jumlah Jualan Keseluruhan Cecah RM33.5 Juta – KA

Selain itu, dia juga berkata syarikatnya sudah bersedia untuk beralih ke Fasa 3 iaitu fasa automasi.

“Jadi automasi ini digunakan untuk menaikkan pengeluaran Sambal Nyet kepada 7,000 botol sehari dan pada masa yang sama untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi,” katanya.

Terdahulu, pempengaruh popular itu juga telah dinobatkan sebagai Creator of The Year ketika TikTok Awards Malaysia 2023 pada Ogos lalu.

Ucapannya ketika menerima anugerah itu juga turut mendapat perhatian ramai dan menjadi tular.

BACA JUGA: “Habiskan Pembelajaran” Khairul Aming Titip Pesan Buat Anak Muda Nak Jadi “Content Creator”

Sumber: X (Twitter) @khairulaming

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?