Siakap Keli
khairul aming iphone 15 pro
Kredit: @khairulaming/X

Selalu Kongsi Resipi, Kali Ini Khairul Aming Buat “Review” iPhone 15 Pro

Selalu Kongsi Resipi, Kali Ini Khairul Aming Buat “Review” iPhone 15 Pro

Sinonim dengan slogan ‘Hey, wassup guys,’ pempengaruh Khairul Aming (KA) hari ini membuat ulasan mengenai telefon pintar, luar dari niche yang sering dibuat olehnya, iaitu resipi masakan.

Beberapa hari yang lalu, KA yang juga terkenal dengan mencipta kandungan telah membeli telefon pintar baharu, iPhone 15 Pro untuk menaik taraf kualiti kandungan video yang dimuat naik dalam media sosial.

Menerusi video berdurasi tiga minit lima saat itu, KA telah melakukan eksperimen bagi menguji fungsi baharu yang ada dalam telefon pintar itu.

Apple sebelum ini memaklumkan telefon pintar pada kali ini akan memudahkan orang ramai terutamanya pencipta kandungan dan disebabkan itu KA telah memilih iPhone 15 Pro berwarna natural titanium dengan tempat simpanan sebanyak satu terabait sebagai telefon pilihannya.

KA telah mencuba asas mod kamera seperti sinematik, tangkapan makro, potret dan Apple Pro-Res, log mode.

“Kamera macam biasa ada 0.5x, 1x, 2x dan 3x. Kalau nak pergi sampai 5x boleh cuma kena pakai Pro Max. Cuma tahun ini Apple tambah (kamera) 1.2x dan 1.5x.

“Boleh uji juga tangkapan makro, yang ini boleh zum dalam-dalam sampai nampak bulu hidung pun boleh dan tiada masalah.

“Warna (gambar) sangat cantik cumanya fokus dia kadang-kadang susah jugalah nak kekalkan,” katanya.

Beberapa mod kamera ditambah baik

Beliau juga mengatakan mod sinematik yang ada pada telefon itu tampak lagi cantik berbanding tahun lepas.

Kredit: @khairulaming/X

“Selepas itu, kita cuba mod sinematik. Yang ni saya suka. Sebab tahun ini mod sinematik jadi lagi cantik, nampak lagi semula jadi.

“Bokeh dekat belakang tak nampak palsu sangat. Selepas itu peralihan fokus itu pun sangat licin dan laju,” ujarnya.

Dalam pada itu, mod potret juga mempunyai naik taraf yang ketara di mana pengguna boleh edit gambar biasa yang ditangkap dan menukarkannya kepada mod potret.

Kredit: @khairulaming/X

“Katakanlah terlupa nak ambil gambar dengan mod potret, jangan risau, ambil sahaja gambar macam biasa, boleh edit semula dan masukkan mod potret.

“Mod potret biasanya akan blur dekat belakang kan, jadi pilihlah nak blurkan muka siapa,” jelasnya.

BACA: Khairul Aming Sambut Birthday Ke-31, Wajah Di Kek Bikin Terhibur

Perbandingan iPhone 14 Pro dan iPhone 15 Pro

KA juga tidak terlepas peluang melakukan perbandingan dengan iPhone lamanya, iaitu iPhone 14 Pro dan juga iPhone 15 Pro.

Beliau berkata walaupun kedua-dua gambar diambil dengan tetapan yang sama, iPhone 15 Pro adalah sedikit lebih baik.

Kredit: @khairulaming/X

“Yang ni saya suka, Apple Pro-Res, Log Mode. Katakanlah tertekan butang tersebut, jangan risau kalau jadi warna kelabu sebab kita tengah rakam video yang sangat tinggi resolusi yang boleh edit semula, tukar warna semua secara manual.

“Nak gunakan sebagai tempat cas iPod Pro pun boleh juga sebab dah ada USB-C,” tambahnya.

Jelasnya, action button yang ada di tepi telefon itu juga boleh disesuaikan mengikut pilihan masing-masing.

“Ia boleh ditetapkan sebagai (jalan pintas) ke kamera, lampu suluh dan nak buka memo pun boleh tiada masalah.

“Secara keseluruhannya, saya puas hati. Naik taraf tahun ini memudahkan kerja untuk membuat kandungan. Adalah beberapa isu yang orang kata terlalu panas itu kan, setakat ini telefon saya okay tiada masalah,” jelasnya.

Sumber: @khairulaming/X

Nurhanis

noktah