Siakap Keli
pesawat japan airlines terbakar
Kredit: @FlightEmergency/X

Pesawat Japan Airlines Terbakar Semasa Mendarat

Pesawat Japan Airlines Terbakar Semasa Mendarat

Sebuah pesawat A350-900 Japan Airlines dilapor terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo pada Selasa, lapor Metro UK.

Kejadian dijangka berlaku sekitar jam 6 petang waktu tempatan Jepun pada Selasa dan pesawat tersebut dianggarkan membawa kira-kira 379 penumpang dan anak kapal.

Difahamkan, beberapa trak bomba berada di tempat kejadian dan landasan juga terbakar, lapor akhbar NHK tempatan.

Pengawal Pantai Jepun berkata kemungkinan terdapat perlanggaran antara pesawat Japan Airlines dengan salah satu pesawat mereka, bagaimanapun perkara tersebut masih belum disahkan.

Semasa kejadian, pesawat itu telah mengalami kerosakan yang ketara di mana hujung ekor kapal terputus dari badan utama Airbus dan runtuh ke tanah.

Laman berita Jepun Asahi melaporkan bahawa pesawat tersebut tidak dapat mendarat dengan baik kerana tayarnya dan menyebabkan ia mendarat di badan kapalnya.

Dalam video yang dipaparkan ia menunjukkan pesawat tersebut bergerak dengan pantas sebelum letupan pecah dari bahagian bawahnya.

Terdapat juga rakaman yang memaparkan api keluar dari tingkap semasa mendarat ketika pekerja penyelamat menyemburnya.

Memetik Daily Mail, jurucakap Japan Airlines memaklumkan bahawa semua penumpang dalam pesawat itu telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat.

Jurucakap tersebut berkata pesawat tersebut telah berlepas dari Hokkaido untuk penerbangan domestik sebelum mendarat di Haneda.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas gempa bumi magnitud 7.5 memusnahkan sebahagian besar pantai barat Jepun dan membunuh kira-kira puluhan penduduk.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Flight Emergency /X

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana