Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isteri Mahu Poligami, Pinang Rakan Baik Jadi Madu
Sering kali kita disuapkan dengan berita mengenai penceraian dan perselingkuhan di media sosial hingga menimbulkan persepsi bahawa keindahan cinta di dunia ini telah hilang.
Bagaimanapun, kisah seorang isteri yang berhasrat mahu menjadikan rakan baiknya sebagai madu memecahkan gambaran negatif tentang poligami.
Lapor Sinar Harian, suaminya yang merupakan seorang mutawif, Mohd Loqman Mohd Salleh, 38, berkata dia dan isteri pertamanya telah membina bahtera selama 12 tahun dan dikurniakan tiga orang anak berusia antara 11 bulan hingga empat tahun.
Meskipun tiada masalah dengan rumah tangga tersebut tetapi isteri pertama telah merancang untuk berpoligami. Namun menurut Mohd Loqman perkara tersebut perlu mendapatkan keizinannya terlebih dahulu.
Akhirnya, Mohd Loqman membuat keputusan untuk menerima hasrat isterinya meminang isteri kedua selepas dia memberi keizinan untuk berpoligami.

Mohd Loqman yang berasal dari Kampung Kolam Limbongan berkata kedua-dua isterinya telah lama menjalinkan persahabatan baik.
“Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami bercakap benar, insya-ALLAH akan kekal hingga ke Jannah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Majlis pernikahan tersebut diadakan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu dan semasa majlis akad nikah tersebut, isteri pertama telah mengenakan busana berwarna putih, sama seperti pakaian isteri kedua.
“Ini pernikahan bukan kerana saya sahaja, namun meraikan juga isteri pertama menyambut kehadiran madu dengan memberi laluan buat madu berkongsi kebahagiaan bersama,” ujarnya.
Mohd Loqman turut berkongsi kepada orang ramai berkenaan dengan berita gembira tersebut dan telah memuat naik hantaran beberapa keping gambar perkahwinan di akaun media sosial miliknya.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Mayat Ditanam Belakang Rumah: Sebar Gambar Bogel Punca Lelaki Dibunuh