Siakap Keli

Wajib Pergi Roadshow Julie’s Ini Dan Jadi Yang Pertama Nikmati ‘Love Letters’ Edisi Terhad Tahun Baru Cina

Julie’s kembali lagi dengan pameran Tahun Baru Cina,  membawakan anda keseronokan yang berganda pada musim perayaan ini! Pameran  bergerak (Roadshow) tahun ini akan berlangsung di dua tempat yang cukup meriah iaitu di One Utama dan Sunway Velocity. Tambahaan pula, orang ramai akan dapat membeli dan  menikmati Love Letters edisi terhad Tahun Baru Cina yang baru, perisa Sesame Eggy Rolls

Atas permintaan ramai, pameran bergerak ini juga akan menampilkan kembali Julie’s Love  Letters Lemon edisi terhad, dari tahun lepas. Sambutan perayaan ini akan bermula di One  Utama Old Wing, Tingkat Bawah selama lima hari, dari 3 Januari hingga 7 Januari 2024.  Susulan itu, pameran ini diteruskan di lokasi Sunway Velocity, Tingkat Bawah selama empat  hari, dari 11 Januari hingga 14 Januari 2024.

“Sambutan Tahun Baru Cina adalah perayaan yang menandakan permulaan yang baru  sementara memelihara tradisi keluarga. Oleh demikian, idea kami untuk pameran bergerak tahun ini adalah untuk membawa pengunjung melalui pengembaraan yang  menggabungkan tradisi dengan inovasi-unik daripada Julie’s. Pembeli akan berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memaparkan Julie’s Love Letters, snek kegemaran Tahun Baru Cina yang merupakan tradisi buah tangan bagi sesetengah orang. Di samping  itu, kami mempamerkan pelancaran Produk Julie’s Love Letters perisa edisi terhad yang  terbaru untuk musim perayaan ini, iaitu Sesame Eggy Rolls dalam perisa klasik dan  tradisional,” kata Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits

Love Letters Sesame Eggy Rolls ini diinspirasikan daripada produk Julie’s Golden Eggy Rolls yang membawa profil perisa yang berbeza tapi unik, menggabungkan rasa kacang bijan  manis dan perisa telur rangup. Julie’s Love Letters edisi terhad julung kali ini hanya boleh  didapati di pameran bergerak Tahun Baru Cina kali ini atau menerusi pembelian dalam talian  dari kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. 

“Ini merupakan acara yang tidak harus dilepaskan, tambahan lagi jika anda peminat Love  Letters atau anda ingin mencari buah tangan Tahun Baru Cina yang lazat dan bermakna.  Selain itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada Julie’s Love Letters kami, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik dengan pembelian  Love Letters,” tambah Sai. 

Pembeli dijanjikan hari yang penuh keseronokan di pameran bergerak ini dengan aktiviti aktiviti di mana seisi keluarga boleh mengabadikan kenangan perayaan mereka di pelbagai  latar belakang kreatif Julie’s yang didirikan khas. Bagi yang meminati acara yang lebih  kreatif, mereka dialu-alukan untuk menunjuk bakat mewarna di kiosk mewarna yang  disediakan. Para pengunjung juga boleh menerokai dan berjalan melalui pelbagai arca tab Love Letters bersaiz gergasi yang direka sebagai pemasangan seni di mana tetamu boleh  bergambar dengan reka bentuk dalamannya. 

Pameran bergerak ini juga menampilkan sebuah mesin Gachapon gergasi khas buat  pengunjung untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti angpau Julie’s,  tikar pastri, “soft toy” tab Love Letters dan lain-lain lagi. Pembelian minimum RM100 dalam  satu resit akan melayakkan pengunjung mendapat satu token Gachapon

Pelbagai jenis hadiah percuma dengan pembelian yang berbeza juga ditawarkan kepada  pengunjung yang ingin membeli Julie’s Love Letters sempena Tahun Baru Cina ini. Para  pembeli boleh mendapatkan satu set paket angpau percuma dengan pembelian dua tab Love Letters Sesame Eggy Rolls manakala pembelian dua tab Love Letters Lemon akan  melayakkan pelanggan untuk mendapat sebuah pinggan berbentuk Lemon. Untuk perisa  klasik seperti Coklat, Vanila atau Strawberi, pembelian empat tab Love Letters dalam  kombinasi pilihan pelanggan akan mendapat pinggan pembakar percuma. Selain itu, semua  pelanggan yang membuat pembelian di pameran bergerak ini akan menerima satu set pek sampel produk baru Julie’s – Sweet Chili Cheese Sandwich, dan Sour Cream and Onion  Sandwich

Julie’s Love Letters dalam perisa klasik dan perisa edisi terhad Lemon juga tersedia untuk  pembelian dalam talian dari kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Untuk pembelian  secara fizikal, kunjungilah kedai serbaneka atau pasar raya yang berdekatan anda. Sempena  musim perayaan ini, pinggan pembakar percuma juga boleh didapati dengan pembelian  mana-mana empat tab Love Letters dalam perisa Coklat, Vanila, Strawberi atau Lemon di  kedai terpilih. 

Untuk mendapatkan informasi terkini berterusan tentang promosi, peraduan dan aktiviti  Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook dan Instagram. 

Nur Farra