Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mengiklan Makanan Halal Tanpa Miliki Sijil Adalah Satu Kesalahan – JAKIM

Mengiklan makanan halal
Kredit BERNAMA

Mengiklan Makanan Halal Tanpa Miliki Sijil Adalah Satu Kesalahan – JAKIM

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SHPM.

Beliau berkata pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

“JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected].

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA